Saturday, March 27, 2010

Rejim Zalim UMNO/BN perlu ditentang!!

KUALA KUBU 27 Mac - Kekejaman Umno selama lebih 50 tahun perlu di sekat segera agar rakyat tidak lagi tertindas dan sudah sampai masanya untuk rakyat bangun menentang segala kezaliman dan usaha jahat rejim Umno-Barisan Nasional untuk terus kekalberkuasa.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam ucapannya pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Kuala Kubu Baru malam tadi menegaskan rakyat perlu bangkit dari terus ditindas dan dizalimi rejim yang rakus dan menyeleweng ini.

"Semua pemimpin kita telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tetapi mereka tidak pernah gentar untuk meneruskan perjuangan mereka. Kita akan terus menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim Umno ini.

"Kita sebagai rakyat perlu bangun menentang kezaliman yang ada sekarang, sudah cukup 50 tahun Umno menekan kita dengan sifat kuku besi mereka yang hanya mementingkan kroni mereka sahaja tanpa timbul perasaan untuk membela rakyat.

"Umno tidak pernah serius dalam perjuangan yang mereka laungkan, isu perkauman dipergunakan untuk menarik perhatian rakyat. Bila mereka sudah rasa hilang perhatian rakyat mereka akan menggunakan isu keagamaan dan mengarah kesemua jentera kerajaan membuat bermacam-macam serangan terhadap kita.

"Kita lihat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi di fitnah dengan cerita yang sama, kesemua cerita ini telah diatur dengan rapi kerana mereka takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

"Mereka boleh menggunakan hakim untuk meletakkan keadilan kepada kita dengan mengikut skrip yang telah diberikan tetapi mereka tidak tahu rakyat tidak akan akur dengan skrip mereka walaupun bermacam-macam tohmahan dan berita disebarkan melalui media arus perdana mereka, rakyat sekarang telah sedar dan sedia untuk menghukum Umno di atas kekejam yang telah mereka laku selama 50 tahun ini.



"Pilihan raya kecil yang akan datang ini akan digunakan sepenuhnya oleh Umno dengan menggunakan wang bagi meraih sokongan dari rakyat selain itu juga mereka akan menyebarkan segala fitnah dengan berita-berita palsu, saya harap rakyat di Kuala Kubu sedar dengan apa yang telah mereka lakukan kerana mereka tak ada hak untuk memaksa rakyat untuk menyokong mereka," tegas beliau dihadapan lebih 10,000 penyokong yang membanjiri Stadium Kuala Kubu Bharu.

Turut hadir pada ceramah anjuran Parlimen Hulu Selangor itu termasuk Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta pimpinan KEADILAN pusat dan negeri.

Kawasan parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia Khamis lalu akibat barah otak.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails