Sunday, March 7, 2010

Pulau Pinang Mahu Adakan Pilihanraya Tempatan

Dua hari sebelum Pakatan Rakyat meraikan ulangtahun ke-2 pentadbiran di Pulau Pinang, Kerajaan negeri mengumumkan rancangan untuk melaksanakan pilihanraya tempatan.

Keputusan ini dicapai dalam satu mesyuarat 3 Mac lalu. Pilihanraya tempatan ini membabitkan dua majlis berkuasa tempatan - Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihaknya telah mengutus surat ke Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Aziz Yusof dua hari lepas meminta SPR menganjurkan pilihanraya tempatan untuk dua majlis tersebut.

Guan Eng merujuk kepada Artikel 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri meminta SPR menganjurkan pilihanraya tempatan mengikut Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk suruhanjaya respon kepada permintaan Kerajaan Negeri.

Kali terakhir pilihanraya tempatan diadakan adalah 40 tahun lalu selepas ia diharamkan Kerajaan Pusat ekoran perintah Darurat pada September 3 1964.

Namun pilihanraya tempatan kembali menarik perhatian umum dengan pelbagai aduan dan laporan berhunung kelemahan pengurusan di majlis-majlis perbandaran.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails