Tuesday, March 16, 2010

PKR Lantik "Wakil Rakyat Baru" di Bagan Serai.



IPOH – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap rakyat di Bagan Serai meskipun terdapat masalah membelenggu mereka.

Boon Chye berkata, satu badan bertindak yang dinamakan ‘Pasukan Khidmat Cabang Bagan Serai’ akan menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, PKR tidak akan berputus asa dan meneruskan perjuangan secara ikhlas kepada rakyat tanpa mengira masa.

“Sehubungan itu, kita akan mengumumkan wakil ‘Penyelaras Parlimen Bagan Serai’ dalam masa yang terdekat.

“Penyelaras yang dilantik bertanggungjawab untuk menjalankan beberapa tugas antaranya program kemasyarakatan dan menyelesaikan masalah yang melanda rakyat di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, semangat ‘Reformasi’ yang diterapkan dalam PKR tidak akan tergugat walaupun ada pihak yang membuat keputusan untuk mengubah haluan.

“Walau apa pun yang terjadi kita akan sentiasa bekerjasama dan melaksanakan rancangan sistematik demi menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Boon Chye dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti khusus untuk menguruskan Parlimen Bagan Serai.


http://loveperak.blogspot.com/

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails