Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 16, 2010

Penyalahgunaan Kuasa oleh Pegawai Khas MB Perak


Hamdan Taha

Kerajaan UBN sudah disahkan dan berhak mentadbir negeri Perak, kepimpinan Pakatan Rakyat kini berusaha dalam menambahkan sokongan dan kepercayaan rakyat. Dalam kesibukan Kerajaan UBN untul mengembalikan dan meningkatkan sokongan rakyat jelata kepada mereka, secara diam-diam sudah tersebar surat layang yang melibatkan MB Perak serta orang kanannya.

Salah seorang pembantu kepada Zambry yang sudah pasti kita kenali dengan perwatakannya yang mudah tersenyum dan dalam masa yang sama mahir dalam memperlihatkan keseriusan dalam dirinya.

Siapa yang tidak kenal dengan HAMDAN TAHA. Ya, Saudara Hamdan Taha yang pernah berjuang dengan Pakatan Rakyat dan akhirnya berhenti berjuang, Pada hemat saya, terhentinya perjuangan dia, sudah pasti kerana kehendak tidak dapat dipenuhi. Kerana itu lah, dia berpaling tadah. Lebih menyedihkan, masih lagi diterima oleh UMNO.

Tidak cukup dengan meninggalkan Pakatan Rakyat, dia juga sering dilihat bercerita kepada orang ramai seolah-olah dia adalah orang yang bertanggungjawab malah berjaya membawa YB Kapt (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi ADUN BEBAS, Dia juga turut mengakui bahawa dia bertanggungjawab dalam menguruskan semua projek balak untuk kedua-dua ADUN tersebut.

Berbalik kepada surat layang yang diterima, Hamdan Taha digambarkan sedang berusaha membolot harta Perak untuk kepentingan peribadinya, Caranya, dengan mengutip duit-duit dari TOKEY CINA!!!

Kini HAMDAN TAHA diberi gelaran NALLAKARUPAN di Perak. Kita tunggu dan lihat, sejauh mana Hamdan Taha akan terus berada di Perak bukan kerana perjuangan parti sebaliknya kerana perjuangan perut sendiri. Sama kita nantikan!


Perak Reform

Archive

Related Posts with Thumbnails