Sunday, March 28, 2010

Pemuda UMNO tidak dilayan MB Perlis..

Tindakan pemuda UMNO Bahagian Padang Besar beberapa hari yang lalu mendesak ADUN Titi Tinggi,Yip Sun Onn meletak jawatan umpama 'Anjing menyalak bukit' kerana Md Isa bertegas tidak akan melayan mereka..


KANGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bertegas tidak akan melayan desakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar yang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, .Yip Sun Onn meletak jawatan

“Itu kita tak perlu layan,” kata Dr Md Isa ketika dihubungi Sinar Harian, petang semalam,

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Padang Besar, Aidi Helmi Mohamed yang menuduh beliau dan Sun Onn menggunakan nama Pemuda UMNO bahagian itu dalam kenyataan mereka mengenai sokongan Pemuda UMNO kepada Sun Onn, Menteri Besar menafikan tanggapan itu.

“Perkataan ‘Pemuda UMNO Bahagian’ yang digunakan Sun Onn dalam kenyataan media menerusi khidmat pesanan ringkas pada Selasa lalu tidak menjurus kepada mana-mana bahagian di negeri ini secara spesifik.

“Ia merujuk kepada sebilangan besar ahli Pemuda UMNO bahagian di negeri ini yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. Beliau tidak sebut Pemuda UMNO Padang Besar,” katanya.

Dr Md Isa kemudian bertanya, pernahkah beliau merujuk mana-mana Pemuda UMNO bahagian dan cawangan di negeri ini secara spesifik dalam kenyataannya kepada media?

“Perkara sama juga turut menjawab dakwaan mereka terhadap Sun Onn,”katanya.

Semalam, empat pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Dr Md Isa Sabu dan Sun Onn kerana menggunakan nama Pemuda UMNO bahagian itu dalam kenyataan akhbar.

Dalam kenyataan itu, Aidi Helmi berkata, mereka yang hadir dalam satu pertemuan di sebuah restoran di sini, kira-kira 5 petang kelamrin mempersoalkan kenyataan Menteri Besar bahawa pengundi kawasan itu masih sayangkan Sun Onn, sedangkan kenyataan itu tidak bersandarkan fakta sebenar.

Aidi turut menjelaskan UMNO dan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar tidak pernah diajak berbincang sama ada sebelum, semasa dan selepas surat peletakan ADUN itu dikeluarkan.

Sun Onn mengejutkan arena politik tanah air sejak beberapa hari lalu berikutan tindakannya menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Yazid Mat.

ADUN itu bagaimanapun menarik balik hasratnya kelmarin.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails