Tuesday, March 23, 2010

PEMANTAU atau PENGACAU yang nak diwujudkan BN Pulau Pinang?

Setelah 2 tahun lebih Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang dan diterajui oleh Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, berbagai agenda untuk kebaikkan rakyat telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak dibuat untuk rakyat semasa UMNO/BN menguasai Pulau Pinang dulu.

Antaranya menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Pulau Pinang sebanyak RM50 menjadi RM550 sebulan.

Menambah peruntukan untuk membangunkan Sekolah Agama Rakyat dari RM1 juta setiap tahun kepada RM1.7Juta.

Memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan menyumbang beras percuma sepanjang tahun 2008 dan 2009 kepada golongan berkenaan.

Menjalankan system ‘e-Tender’ iaitu system yang paling dibenci oleh UMNO/BN kerana system ini telah menyebabkan Kroni-kroni UMNO/BN gagal untuk mendapatkan project memandangkan kroni-kroni UMNO/BN tidak ada kemampuan untuk bersaing kerana selama ini mereka telah mendapat project secara terus tanpa perlu tahu harga sebenar yang diperlukan untuk menjalankan project tersebut.. ‘e-Tender’ telah menyebabkan ramai kroni UMNO/BN terkangkang di Pulau Pinang..

Terbaru Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan saguhati sebanyak RM100 kepada setiap warga emas di Pulau Pinang, saguhati dapat diberikan melalui hasil berjimat cermat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam pentadbirannya.

Walaupun RM100 itu kelihatan kecil tapi ini lebih baik dari RM50 dan sehelai kain pelikat atau kain batik yang diberikan kepada warga emas oleh UMNO/BN bila pilihanraya menjelang tiba empat atau lima tahun sekali.

Itu semua cuma sebahagian dari agenda yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat..

Selain dari itu urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia.

Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta.

Tiba-tiba hari ini Pengerusi Pembangkang (BN) Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon merancang mewujudkan sebuah jawatankuasa pemantau untuk setiap kawasan pilihan raya bagi memastikan mutu perkhidmatan pemimpin kepada rakyat sentiasa baik.

Nampaknya tindakan Pembangkang Pulau Pinang itu seolah-olah ingin menumpang popularity Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Pembangkang Pulau Pinang ini boleh menggunakannya bila pilihanraya tiba dengan mendakwa dengan kewujudan mereka sebagai pemantaulah kerajaan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang takut membuat kesalahan…

Jika tujuan Pembangkang Pulau Pinang ingin mewujudkan sebuah jawatankuasa pemantau untuk setiap kawasan pilihan raya bagi memastikan mutu perkhidmatan pemimpin kepada rakyat sentiasa baik, ini merupakan sesuatu yang amat baik buat kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Cuma dikhuatiri PEMANTAU akan bertindak sebagai PENGACAU.. Pengacau yang kan mempertikaikan segala agenda untuk rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Banyak perkara yang boleh dipertikaikan Pembangkang Pulau Pinang.. kerana selama ini rakyat mereka hanyalah Kroni mereka bukan rakyat biasa di Pulau Pinang, ini pasti akan menyukarkan urustadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang..


PEMANTAU atau PENGACAU??


Pengerusi BN Negeri Rancang Wujud Jawatankuasa Pemantau

PULAU PINANG, 22 Mac (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon merancang mewujudkan sebuah jawatankuasa pemantau untuk setiap kawasan pilihan raya bagi memastikan mutu perkhidmatan pemimpin kepada rakyat sentiasa baik.

Beliau yang juga Presiden Gerakan berkata jawatankuasa itu akan sentiasa memantau dan mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai prestasi pemimpin di kawasan-kawasan berkenaan.

"Jawatankuasa itu akan pantau dengan lebih rapi dan akan fokus kepada mutu perkhidmatan pemimpin kepada rakyat," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan watikah kepada 13 pengerusi BN bahagian negeri di sini hari Isnin.

Beliau berkata jawatankuasa itu diperlukan untuk memastikan setiap wakil penyelaras BN mampu berkhidmat untuk rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia -- 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Selain itu, beliau juga menggesa pemimpin BN negeri supaya menghebah lebih publisiti untuk memberitahu rakyat tentang khidmat yang mereka beri.

Terdahulu, Koh mengumumkan 13 pengerusi BN bahagian yang dilantik di negeri ini, antaranya Datuk Hilmi Abdul Rashid sebagai pengerusi bahagian Kepala Batas, Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Loo Khay Thye (Bagan), Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (Permatang Pauh), Lau Chiek Tuan (Bukit Mertajam).

Ng Siew Lai (Batu Kawan), Datuk Zainal Abidin Osman (Nibong Tebal), Datuk Seri Chia Kwang Chye (Bukit Bendera), Teng Chang Yeow (Tanjong), Ng Fook On (Jelutong), Datuk Koay Kar Huah (Bukit Gelugor), Tan Lai Theng (Bayan Baru) dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Balik Pulau).

BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails