Tuesday, March 9, 2010

Patutlah MCA tunggang langgang...

Patutlah pun depa ni nak sangat Ong Tee Keat lepas jawatan presiden MCA. Siapa tak rasa rimas jika ada orang dedahkan kesalahan kita kepada umum. Sekarang dah kena siasat dah pun.

Tapi nanti bila pemilihan parti MCA 28 Mac nanti, group Dr Wee Ka Siong naik jadi orang nombor satu MCA, apa ceritanya pula kes dia ni, ntahlah. Tiada ketahui Dr Wee Ka Siong group mana, samada akan menyebelahi Liong Tong Lai atau Chua Soi Lek.

Kepada SPRM, jangan tunggu lama-lama, nanti tak sempat pulak nak selesaikan kes ini selepas group Dr Wee Ka Siong naik jadi presiden. Takut nanti kes sapu bawah karpet.

Laporan Bernama hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata Wee telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan tidak menafikan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan kes itu.

"Ada beberapa perkara lagi yang kita perlu ambil tindakan sebelum melengkapkan siasatan kes ini...akan ada saksi lain yang akan dipanggil," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah Siasatan SPRM di Ibu Pejabat SPRM di sini Isnin.

Bekas Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia, Mustafar Ali telah dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Mohd Shukri, berkuatkuasa 1 Mac lepas.

Pada 28 Jan lepas, DAP mendesak supaya Wee disiasat kerana mendapati, beliau masih memiliki hampir separuh kepentingan dalam firma konsultansi, Hijau Sekitar Sdn Bhd yang menjalankan kajian pembangunan tanah bersebelahan dengan kawasan PKFZ.

Anggota Parlimen DAP dari Seremban, John Fernandez, ketika mengemukakan laporan lima muka surat ke Ibu Pejabat SPRM bersama lampiran 200 mukasurat, berkata hasil carian yang mereka lakukan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mendapati, Wee masih memegang 49,998 syer dalam Hijau Sekitar.

Fernandez berkata Wee telah menyatakan dalam beberapa laporan akhbar bahawa beliau telah melupuskan kepentingannya dalam Hijau Sekitar sebaik sahaja dilantik ke jawatannya sekarang.

Pada 24 Dis lepas, Wee mengakui Hijau Sekitar menjalankan kerja-kerja konsultansi untuk Pelabuhan Klang tetapi menafikan sebarang pertalian dengan projek PKFZ.

Pada 11 Feb lepas pula, Wee gagal mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Robert Phang dan akhbar The Star daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah mengaitkan beliau dengan isu PKFZ.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata SPRM memerlukan sedikit masa lagi bagi melengkapkan siasatan terhadap bekas setiausaha politik kepada menteri kanan, yang ditahan bersama wang tunai kira-kira RM2 juta bulan lepas.

Beliau berkata kes berkenaan masih dalam siasatan kerana ia melibatkan bank asing dan hartanah di luar negara.

"Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya.

Pada 18 Feb lepas, bekas setiausaha Politik itu yang ditahan pada 12 Feb lepas, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.

Sebelum itu, pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. -Bernama


Diciplak dari Rakyat Marhaen

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails