Tuesday, March 30, 2010

P094 : Hulu Selangor hak MIC, UMNO jangan terhegeh-hegeh!

BN perlu meletakkan calon dari komponen MIC yang bukan sahaja popular di kalangan pengundi India tetapi berupaya meyakinkan pengundi Melayu dan Cina bahawa mereka juga akan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripadanya..

Adakah kalau diletakkan calon dari UMNO, mereka tidak mampu menyakinkan pengundi bukan Melayu dari MIC dan MCA?

Adakah Khir Toyo cuba merendah-rendahkan keupayaan Calon dari UMNO disini atau memang benar UMNO ketandusan pemimpin?



SHAH ALAM - Tidak wajar UMNO meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana secara tradisinya kawasan itu diwakili calon MIC, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Menurutnya, keadaan itu termaktub melalui persefahaman antara parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan.

“Saya fikir ia tidak wajar dipertimbangkan memandangkan kawasan tersebut diberi kepada MIC dalam konsep persefahaman dan perkongsian kuasa antara kaum.

“Tiada siapa pun mahu kalah tetapi apa erti kemenangan jika prinsip ikat- an persefahaman antara kaum yang dibina sejak 1957 dimusnahkan begitu sahaja hanya kerana mahu menang satu kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor timbul apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mencadangkan timba- lannya, Datuk G Palanivel sebagai calon di kawasan yang pernah diwakilinya selama tiga penggal sebelum ini.

Pada masa sama, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib turut disebut-sebut sebagai calon pilihan.

Kerusi Ahli Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak, minggu lalu.

Menurut Dr Khir, sekiranya ia berpegang kepada prinsip ikatan antara kaum pengundi BN akan memperoleh kemenangan seperti dalam pilihan raya kecil Ijok 2007 lalu.

Beliau berkata, BN perlu meletakkan calon dari komponen MIC yang bukan sahaja popular di kalangan pengundi India tetapi berupaya meyakinkan pengundi Melayu dan Cina bahawa mereka juga akan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripadanya.

Beliau percaya jika wakil rakyat bukan UMNO dari komponen lain memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua kaum, pengundi Melayu tiada masalah untuk mengundi sesiapa calon BN.

“Masalah kepada sebahagian wakil rakyat bukan Melayu BN di kawasan majoriti Melayu ialah mereka membiarkan hanya UMNO ke hadapan dalam kawasan pengundi Melayu.

“Ini menyebabkan pengundi Melayu rasa kecil hati dan berpendapat wakil rakyat bukan Melayu daripada BN tidak mempedulikan mereka dan di sinilah timbul suara-suara mahukan wakil rakyat Melayu,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails