Tuesday, March 30, 2010

P094 : Dei!! Siapa kata pengundi tolak MIC? - Semi Value

Semi Value berkata Palanivel mempunyai peluang yang baik untuk merampas kembali kerusi Hulu Selangor memandangkan beliau memperoleh sokongan memberangsangkan daripada bahagian MIC dalam kawasan pilihan raya itu dan pemimpin biasa dalam cawangan Umno.


Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Samy Vellu berkata beliau percaya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.

"Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini. Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding. Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi dan ini akan membawa kepada banyak masalah lain.

"Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru sekolah Tamil Jalan Tepi Sungai di Klang hari ini.

Samy Vellu sebelum itu diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa pengundi di Hulu Selangor lebih menyukai seorang calon daripada Umno berbanding MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Bekas Menteri Kerja Raya itu telah mencadangkan supaya Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi berkenaan.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak Khamis lalu.

Allahyarham memenangi kerusi itu setelah mengalahkan Palanivel dengan majoriti 198 undi pada pilihan raya umum 2008. Palanivel merupakan Anggota Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum kalah pada 2008.

Ditanya sama ada beliau memikirkan calon lain di samping Palanivel untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, Samy Vellu secara berseloroh berkata: "Kami boleh mencari remaja lelaki berumur 18 atau 19 tahun untuk bertanding."

Samy Vellu juga berkata cadangan MIC supaya Palanivel bertanding bagi kerusi berkenaan dilakukan berlandaskan kepada hierarki parti.

"Hierarki mesti dihormati, jika tidak masyarakat akan menyangka bahawa saya tidak menghormati keputusan majoriti.

"Palanivel adalah Timbalan Presiden parti pada hari ini disebabkan keputusan yang dibuat oleh majoriti."

Samy Vellu berkata Palanivel mempunyai peluang yang baik untuk merampas kembali kerusi Hulu Selangor memandangkan beliau memperoleh sokongan memberangsangkan daripada bahagian MIC dalam kawasan pilihan raya itu dan pemimpin biasa dalam cawangan Umno.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails