Friday, March 5, 2010

Najib 'kemaruk' majoriti dua pertiga

Dato Zaid Ibrahim kata contohilah Pak Lah wahai Najib.. Hang ikut laaa, bukan ikut cara dia tidur semasa kerja tu..

Zaid: Najib 'kemaruk' majoriti dua pertiga
Mac 5, 10 12:17pm

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi.

"Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,” kata Zaid (kiri) pada sidang akhbar yang diaturkan secara tergesa-gesa.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah ada majoriti dua pertiga.”

Sejak beberapa minggu kebelakangan lalu, PKR digoncangkan dengan tiga ahli parlimennya berpaling tadah sehingga menimbulkan krisis kepimpinan parti, terutama terhadap ketua numumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

'Contohi jejak Pak Lah'

Andaian jika ketiga-tiga mereka mesra BN di Dewan Rakyat, gabungan itu cuma memerlukan tujuh lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.

Zaid berkata BN sepatutnya bertindak adil dengan mencabar Pakatan Rakyat berdebat berhubung polisinya daripada cuba memancing ahli parlimennya.

Menurut beliau lagi Perdana Menteri seharusnya memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini.

Zaid juga menggesa Najib supaya menjejaki langkah penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak cuba memancing adun Kelantan walaupun kerajaan PAS satu ketika dahulu hanya mempunyai kelebihan satu undi.

"Kami (Umno) dengan mudah boleh merampas Kelantan tetapi Pak Lah tidak bersetuju kerana tindakan memancing itu tidak bermoral," kata Zahid yang merupakan ketua bahagian Umno pada awal tahun 2000.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails