Sunday, March 28, 2010

Muzium Pengkhianat cari calon 100 kaki rasuah

Cuba anda bayangkan kalau di Malaysia diwujudkan Muzium yang menempatkan arifak atau apa saja berkaitan dengan Perasuah yang paling polular dinegara kita ini seperti yang diwujudkan di China sekarang..

Perasuah yang terdiri dari Menteri-menteri dan pegawai kerajaan selama 52 tahun negara kita merdeka..

Kalau diwujudkan rasanya Muzium ni pasti didominasi sepenuhnya oleh gerombolan dari Parti yang kononnya Juara Rakyat...

Mungkin gerombolan tu boleh menubuhkan 'Cawangan' mereka disini.. kalau diwujudkan laa...


Gambar hiasan 'Selamatkan Malaysia'

BEIJING: Pemilik muzium antirasuah yang bakal dibuka di Chengdu meminta orang ramai mencalonkan 100 pegawai kerajaan paling rasuah sejak 100 tahun lalu, lapor media semalam.

Fan Jianchuan yang mengendalikan muzium persendirian itu berkata, dia mula mengumpul artifak bagi ‘Muzium Pengkhianat’ selepas pengguna Internet mencadangkan idea berkenaan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Fan mula menerima sebarang cadangan nama tokoh negara itu daripada orang ramai untuk didokumentasikan di muziumnya.

“Mulai sekarang, kami akan menerima pencalonan dan orang ramai boleh mengundi di laman web muzium ini,” katanya.

Ketika ini, lapor Xinhua, kebimbangan utama Fan adalah sambutan melampau daripada orang ramai.

“Tentulah tempat terhad dan kami perlu memberi pertimbangan kepada tahap rasuah dilakukan tokoh terbabit,” katanya.

Antara kriteria ditetapkan Fan adalah, semua nama dicalonkan mesti mempunyai kedudukan dalam kerajaan, jumlah wang diseleweng, kaedah digunakan dan kesan rasuah kepada masyarakat.

“Pada masa sama, muzium ini akan menyediakan maklumat bagi mencegah amalan rasuah,” katanya.

Fan berkata, dia akan mendapatkan sokongan Jawatankuasa Disiplin Parti Komunis China bagi menjayakan muzium berkenaan.

“Saya berharap muzium ini menjadi pusat pendidikan kesedaran rasuah.

“Mungkin kerajaan boleh menyediakan jadual lawatan kepada banduan untuk datang ke sini,” katanya.

Tidak dapat dipastikan bila muzium itu dibuka.


Harian Metro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails