Thursday, March 11, 2010

Muhyiddin! Natrah tu sindir UMNO la...

Pada pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, Muhyiddin Yassin meminta umat Melayu-Islam di negara bersatu dengan mengambil contoh tragedi Natrah.

Tapi aku rasa kalau Muhyiddin sendiri sudah menonton Teater Natrah, mungkin dia tak mahu melancarkan buku Natrah tu..

Atau dia masih tak sedar jalan cerita Natrah tu benar-benar menyindir UMNO atau Muhyiddin sudah menonton Teater Natrah itu dulu tapi disebabkan kebebalannya, beliau masih tidak sedar UMNO disindir disitu..


Ini komen tentang Teater Natrah

Tepukan gemuruh bergema di istana budaya seusai persembahan teater natrah. sebahagian penonton pula berdiri, menunjukkan perasaan kekaguman mereka.

benar, teater itu menyentuh hati dan perasaan khususnya penonton wanita terutama paparan konflik ibu angkat-ibu kandung dijalin dengan baik dan mengesankan hingga hampir menenggelami konflik perundangan dan keagamaan.

pementasan teater itu, sebenarnya tidak mencakupi seluruh kehidupan natrah hingga hari tuanya, sebaliknya diakhiri pada adegan rusuhan masyarakat Islam.

adegan paling menarik, tentunya ketika saat 'pengadilan' tiga watak penting iaitu che aminah mohamad, adelina dan natrah sendiri, yang menunjangi persoalan maruah, ego dan hak kebebasan individu.

jadi, di mana elemen politik dalam teater ini?

sedangkan, tragedi rusuhan yang mengikut catatan sejarah mengorbankan 18 nyawa itu, menunjukkan penglibatan ketara ramai pemimpin politik berpengaruh pada zaman itu.

kecuali watak dr burhanuddin al-helmy, presiden pertubuhan kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang ditubuh pada 1945 dengan slogan Merdeka, peranan individu politik lain kurang terjelma.

selain dr burhanuddin yang juga pernah menyandang jawatan presiden pas, kemelut itu sebenarnya turut diwarnai tokoh lain antaranya mohamed taha kalu, darus sheriff, karim ghani, syed ali al-attas, ma majid dan mj namazie.

apapun, watak dr burhanuddin dari kerusi penonton diberi gambaran yang baik. gaya songkoknya, cermin mata bulatnya, pidato nya - seakan-akan memang pejuang itu berada depan mata penonton.

selain itu, apa lagi?

apakah teater ini hanya bermain soal konflik perasaan keibuan, kemelut perundangan, keagamaan, penjajahan dan kebrutalan polis sahaja?

jika begitu, ungkapan yang disampaikan dalam teater itu melalui watak dr burhanuddin iaitu 'sebab masih ramai antara kita yang menjilat punggung penjajah' ditujukan kepada siapa?

untuk itu, kita perlu kembali ke arkib sejarah. Selaklah halaman demi halaman dan pasti juak-juak Umno merasai pedihnya ungkapan berkenaan.

mengikut buku berjudul tragedi nadra (sesetengah pihak mengeja natrah sebagai nadra) terbitan ibs buku sdn bhd yang terbit pada 1989, umno tidak berbuat apa-apa dalam isu natrah.

dalam tulisan haja maideen itu, 'pemimpin umno, datuk onn jaafar enggan tidak mahu campur tangan kerana menganggap ia bukan isu politik, sosial mahupun keagamaan' dan menyebabkan, 'orang-orang melayu semakin tidak berpuas hati dengan sikap berkecuali umno.'

selain ungkapan itu, gelagat pembantu kepada penasihat british di terengganu, arthur locke, seorang lelaki melayu pada babak awal teater itu, yang asyik terkocoh-kocoh membodek-bodek tuannya, melambangkan siapa?

dalam babak teater, lelaki itu bertanggungjawab bertanya identiti natrah ketika persembahan sekolah yang dihadiri locke sehingga membawa pertemuan ke rumah che aminah.

saat itu, penonton pasti menyedari babak lelaki itu menegur dengan lembut tuannya supaya menanggalkan kasut ketika masuk ke rumah tapi tidak diendah pegawai british itu.

sebaliknya, lelaki melayu itu apabila melihat perbuatan ketuanya, pula melakukan hal sama - melangkah masuk tanpa menanggal kasut walaupun maklum ia bertentangan budaya kemelayuan.

pun demikian, walaupun watak itu pada awalnya memperlihat sikap ketololan dan kebodohannya tapi lelaki itu punya kepatuhan yang tinggi, namun kelicikannya terpapar apabila beliau mengingatkan locke yang 'aminah bukan sebodoh yang kita sangka.'

agak-agaknya, watak itu menjurus kepada siapa, pemimpin mana, atau dari parti mana? siapa atau parti mana yang tolol, bodoh tapi licik?

sebenarnya, natrah adalah episod duka dalam sejarah tanah air tapi sengaja dierased dari buku teks sekolah sejak dulu bagi meluputkan ingatan masyarakat terhadap tragedi itu.

malah, kerajaan malaysia pimpinan umno-barisan nasional (bn) pada 1992 mengharam lagu berjudul natrah nyanyian kumpulan handy black yang mengisahkan kehidupan watak ini.

ringkasnya, natrah diserah ibu kandungnya, adeline kepada che aminah pada usia lima tahun tanpa pengetahuan bapa kandungnya, sarjan adrianus petrus hertogh yang ditawan tentera Jepun.

natrah atau maria huberdina hertogh kemudian dibesarkan di kampung banggol, kemaman, terengganu sebelum ditemui locke pada 1945 yang kemudian mempedaya che aminah supaya membawa natrah ke singapura.

di singapura, perebutan natrah yang mendapat liputan besar-besaran media tempatan dan antarabangsa, bermula dan berlangsung hangat di mahkamah.

mulanya, kes hak penjagaan itu dimenangi che aminah sebelum menikahkan natrah secara gantung dengan mansor adabi, seorang guru.

bagaimanapun, mahkamah pada 12 Disember 1974 memutuskan natrah mesti dipulang kepada ibu bapa kandungnya dan dibawa ke Belanda, seterus menyebabkan rusuhan tercetus selama enam hari, mengakibatkan 18 orang terbunuh dan 173 cedera ketika bertempur dengan polis.

natrah kemudian mengalami penderitaan hidup dan berkahwin beberapa kali serta pernah didakwa cuba membunuh suaminya sebelum meninggal dunia 9 Julai lalu akibat leukimia.

sungguhpun jasad natrah sudah dimamah bumi, namun sejarahnya tetap hidup dalam lipatan sejarah walaupun wujud usaha pihak berkepentingan seperti umno yang cuba membuang natrah dari ingatan masyarakat.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails