Thursday, March 25, 2010

MP Hulu Selangor meninggal dunia

Mac 25, 10

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.- Malaysiakini.

Satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi di mana 53.94 peratus adalah Melayu, 26.67 peratus Cina dan 18.98 peratus India serta 0.41 peratus lain-lain bangsa.

AL FATIHAH buat Allahyarham

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails