Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, March 20, 2010

Mak Aih!! Sapa beli plat 'TAY 1' ni???

KUALA TERENGGANU, 20 Mac — Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Feb lalu.

“Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata notis kepada mereka yang berjaya membida akan dikeluarkan tidak lama lagi, tanpa mahu mendedahkan identiti pembeli.

Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.

Selain TAY 1 dan TAN 1, nombor pendaftaran TAX 1 sebelum ini mencatat harga jualan RM165,000.


Bernama

4 comments:

Anonymous said...

almaklum banyak kontraktor kroni je yang beli no plat yang mahal-mahal di terengganu ni , maklum lah duit senang dapat... jual kontrek...

PemudaPASKelantan said...

yg aku tau ialah pembida plet TAK 11

Anonymous said...

sapa agaknya yang dah beli plat TAH1.berapakah harganya?

Anonymous said...

YANG BELI TAH1 ADALAH CHINESE GUY..NOMBOR TU DIGUNAKAN DI KERETA MERCEDES BENZ...HARGA DALAM 15K++ JER TUH..

Archive

Related Posts with Thumbnails