Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, March 25, 2010

Lawan Tokeh : 5 Pemimpin UMNO Padang Besar dipanggil MB.

Lima pemimpin akar umbi Umno bahagian Padang Besar, dipanggil ke pejabat Menteri Besar Perlis , Datuk Seri Dr Md Isa Sabu petang ini, berhubung mesyuarat tergempar mereka yang menyokong peletakan jawatan ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Mereka terdiri daripada empat pemimpin Pemuda Umno bahagian dan seorang ahli jawatankuasa bahagian.

Ketika dihubungi pagi ini, ketua penerangan Pemuda Umno bahagian, Aidi Helmi Mohamed mengesahkan mereka telah dihubungi oleh setiausaha politik menteri besar, Azali Abas malam tadi.

Menurutnya, Azali meminta mereka hadir menemui beliau petang ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka belum dimaklumkan masa sebenar pertemuan tersebut.

Aidi Helmi juga berkata, sehingga ini mereka belum pasti sama ada pertemuan juga membabitkan menteri besar sendiri.

Semalam, barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam sebelumnya yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

DUN Titi Tinggi terletak di bawah kawasan Parlimen Padang Besar.

Manakala Aidi Helmi pula mengeluar kenyataan, menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah diajak berbincang sama ada sebelum, semasa dan selepas surat tersebut dikeluarkan dan tidak pernah mengadakan apa-apa pertemuan sama ada untuk memujuk Yip menarik balik surat peletakan jawatannya.

Sebaliknya, beliau mendakwa Yip telah berbohong dan mempergunakan nama Pemuda Umno untuk menutup keterlanjurannya menyerahkan surat tersebut.


Malaysiakini

1 comments:

FMZam said...

Kan aku dah kata episod menongkah arus ni akan berpanjangan. Yip punya pasal UMNO dengan UMNO bersenget muka yang akhirnya Najib pasti akan korbankan maruah UMNO Padang Besar demi menyelamatkan seekor Yip, dan UMNO Padang Besar terpaksalah telan pil yang pahit yang bakal menanti mereka.

Archive

Related Posts with Thumbnails