Saturday, March 6, 2010

Kotak Ikan : GERAKAN menyondol Kawan..

Ha.. Ha.. Ha.. melompat terus sekutu Gerakan ini bila tiba-tiba disondol membuta tuli oleh Gerakan mengenai isu kotak ikan..

Kotak ikan: Teliti fakta sebelum lapor SPRM

NOH Omar bertanya kepada Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman (kanan) mengenai tisu kultur ketika melawat Stesen MARDI, Klang, semalam.

KLANG 5 Mac - Pemuda Gerakan dinasihatkan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembekalan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) yang dikatakan dimonopoli oleh sebuah syarikat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, isu itu tidak wajar dipolitikkan oleh parti itu kerana masalah berhubung penggunaannya yang menjadi isu sebelum ini juga sudah selesai.

Jelasnya, isu monopoli mungkin merujuk kepada KF Marketing Sdn. Bhd. (KFMSB) tetapi sebenarnya ia tidak melibatkan kepentingan individu kerana sahamnya dimiliki oleh persatuan nelayan dan konsortium pasar borong.

Malah, katanya, dakwaan wujud monopoli juga tidak berasas kerana kementerian turut membuka pembekalan KIBFG kepada tiga buah kilang lagi termasuk membenarkan pemborong serta pengimport ikan membeli secara terus mengikut harga pilihan mereka.

"Jadi, apa kena-mengena Gerakan dalam isu ini. Jangan jadikan isu kotak ikan ini sebagai isu politik.

"Saya telah meminta pegawai undang-undang kementerian untuk meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang membuat laporan salah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jalan Kebun di sini hari ini.

Noh mengulas tindakan Pemuda Gerakan yang membuat laporan kepada SPRM semalam berhubung isu pembekalan KIBFG yang dikatakan dimonopoli oleh sebuah syarikat.

Berita sepenuhnya sila baca di sini.

Berita sebelumnya sila baca di sini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails