Friday, March 5, 2010

Khairy!! Cermin diri sendiri sebelum bercakap tu..

Khairy telah berkata Pengekalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya.

Sebelum berkata demikian beliau juga harus sedar bahawa pengekalan jawatan beliau sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) adalah bertujuan untuk mengumpan Pak Lah agar turun dari jawatan Presiden UMNO dan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib.

Sebenarnya menurut beberapa orang sahabat yang menjadi perwakilan UMNO ke pemilihan yang berlangsung itu.. dalam pengundian memilih Ketua Pemuda UMNO, Khairy sebenarnya telah kalah kepada Mukhriz.. oleh itu satu mesyuarat tergempar telah diadakan bagi membincangkan kekalah tersebut.

Oleh kerana Pak Lah tidak akan melepaskan jawatan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri jika Najib tidak melantik Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO.. maka keputusan telah dibuat iaitu Khairy diistiharkan sebagai pemenang.. inilah antara sebabnya kenapa pengumuman pemenang Ketua Pemuda UMNO lewat.

Pak Lah masih menganggap yang Najib akan mengekalkan tradisi yang sedia ada iaitu Ketua Pemuda UMNO akan dilantik sebagai anggota kabinet dalam kerajaan.. malang buat Pak Lah.. Najib tidak mengekalkan tradisi yang diwarisi itu…

Khairy sepatutnya berasa malu kerana beliau bukan berdiri sebagai Ketua Pemuda UMNO atas kapasiti diri sendiri.. tapi berada disitu sebagai umpan untuk menurunkan Pak Lah..

Suka atau tidak Khairy harus terima hakikat bahawa majority exco – exco Pemuda UMNO tidak suka kepada beliau..


Dan yakinlah.. jika diadakan pemilihan sekali lagi Khairy akan tumbang....

Beliau juga berkata tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR selepas tiga anggota Parlimennya bertindak keluar parti baru-baru ini.

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar.

“Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar,” katanya.

Kenyataannya ini kelihatan kebudak-budakan kerana cuba melaga-lagakan pemimpin PR.. Kalau provokasi begini dilakukan keatas remaja-remaja yang belum cukup matang nescaya pergaduhan akan berlaku..

Alhamdulillah pemimpin-pemimpin dari PR yang sedia ada jauh lebih matang dari apa yang Khairy fikirkan.. dan jauh lebih matang dari Khairy sendiri..

Khairy harus melihat sejarah atau menoleh kebelakang melihat bagaimana pemerintahan Kerajaan Pulau Pinang semasa ditadbir oleh Barisan Nasional dulu sebelum tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Kenapa Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang UMNO serahkan kepada MCA pada tahun 1957 hingga 1969, Gerakan pada tahun 1969 hingga 2008 ? sedangkan kerusi yang dimiliki oleh UMNO lebih besar jumlahnya dari Gerakan dan MCA sendiri.. Adakah UMNO juga ketandusan pemimpin yang berwibawa diwaktu itu?

Jadi apakah yang luar biasanya jika DSAI masih dikekalkan sebagai Pemimpin Pakatan Rakyat?

Yang luarbiasa disini ialah Khairy tidak dilantik menjawat sebarang jawatan Menteri dalam cabinet Najib.. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO yang pertama tidak dilantik sebagai Menteri.. luar biasa tu..

Dan teimalah hakikat bahawa Najib tidak akan meletakkan Khairy didalam Kabinetnya, tetapi didalam cabinet dapur.. itu mungkin..

Khairy: Pengekalan Anwar sebagai ketua pembangkang akan bawa masalah kepada PR
KUALA LUMPUR, 4 Mac — Pengekalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy .

Beliau berkata tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR selepas tiga anggota Parlimennya bertindak keluar parti baru-baru ini.

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar.

Seterusnya sila baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails