Thursday, March 18, 2010

Khabar Angin : Ikrar Taat Setia akan dilanggar ?

Pada 3 Mac yang lalu berikutan dengan kemelut keluar parti yang melanda KEADILAN, 12 anggota Parlimen KEADILAN yang didakwa akan berbuat demikian tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Mereka telah menyatakan "Kami Ahli Parlimen KEADILAN ingin menegaskan bahawa perjuangan kami adalah untuk mempertahankan prinsip KEADILAN dan keutuhan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kami juga ingin menegaskan bahawa sokongan kami tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KEADILAN DAN juga pemimpin Pakatan,"

Mereka terdiri daripada


~ Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas,
~ Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim,
~ Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail,
~ Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid,
~ Ahli Parlimen Ketereh Ab Aziz Ab Kadir,
~ Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf,
~ Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam,
~ Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan,
~ Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din,
~ Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo Burne Loh,
~ Ahli Parlimen Tanah Merah Amran Ab. Ghani,
~ Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Kesemua mereka hadir dalam satu sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya tengahari tadi kecuali Gwo Burne yang berada di luar negara dan Gobala Krishnan yang menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Daerah.

Dan tiba-tiba hari ini aku telah menerima satu sms yang bertanyakan “ Betulkah YB XXX akan keluar PKR petang ni?”

Jawab aku tak tahulah pulak, aku tanya dia sumber dapat dari mana? Jawab Puan itu “ Dari ahli PKR yang meeting di KL semalam.. katanya pengumuman akan dilakukan petang ini”

Jawab aku “ Entahlah.. kita tunggu dan lihat sajalah…”

Selepas itu selang beberapa minit aku menerima phone call dari seseorang yang memegang jawatan exco dalam PKR Pusat bertanyakan perkara yang sama..

Soalannya begini “ Apa dah jadi dengan YB XXX tu.. dengar cerita nak lompat petang ni?”…


Eh.. apa punya soalan ni? Sepatutnya aku yang tanya dia, tapi dia tanya aku pulak dah... pasal yang bertanya tu exco....

Agak menghairankan bagaimana khabar angin ini boleh mula bertiup, sedangkan Tuan punya diri masih kelihatan tenang dan bersahaja..

Jika benar khabar angin ini.. maka sipelaku akan melangar ikrar taat setia yang beliau telah lafazkan pada 3 Mac yang lalu..

Sama-sama kita nantikan…

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails