Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, March 22, 2010

Keluar PKR : Tan Wei Shu nanti keputusan

Kenapa perkara begini masih akan berulang dalam PKR? Selain dari menyalahkan pihak yang keluar PKR, tiadakah tindakan menyiasat kenapa mereka keluar sebenarnya? Angkara siapakah mereka keluar ?

Dari apa yang aku tahu.. kalau semua orang yang berada di sekeliling kita, kita katakan mereka itu bermasaalah.. sebenarnya kita sendiri yang bermasaalah



ALOR SETAR - Hari ini adalah hari terakhir daripada tempoh lima hari yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu kepada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ahmad Kassim dan Ketua Cabang PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadapnya.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Wei Shu berkata, jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan menimbang untuk keluar parti.

Ketika dihubungi lewat petang semalam, bekas Exco Kerajaan Kedah yang baru digugurkan 10 Mac lalu itu berkata, kedua-duanya masih belum berbuat sebagaimana yang dituntut.

“Belum ada pernyataan minta maaf daripada mereka, kita tunggulah,” katanya.

Wei Shu sebelum ini menyatakan sudah tidak ‘sebulu’ dengan kepimpinan PKR negeri selain turut mengakui hubungannya dengan Ahmad sememangnya bermasalah kerana beranggapan Ahli Parlimen Kuala Kedah itu bersikap berat sebelah dan mengamalkan sikap ‘pilih kasih’ apabila hanya mendengar kata-kata segelintir pemimpin tertentu sahaja.

Ini dipercayai berkaitan dengan tuduhan beliau ‘tidak buat kerja’ yang dikatakan menjadi punca digugurkan daripada barisan baru Exco Kerajaan Negeri.

Ahmad sebelum ini pernah melabel Wei Shu sebagai ahli politik kecewa dan mencabar wakil rakyat itu bertanding merebut jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani yang kini disandang Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Dalam pada itu, kata Wei Shu, beliau masih menunggu keputusan PKR berhubung kemelut yang melanda dirinya dengan kepimpinan PKR negeri.

Menurutnya, beliau bersedia menerima apa jua keputusan parti, termasuk dikenakan tindakan disiplin kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan PKR sejak beberapa minggu lalu.

“Saya kini menunggu keputusan daripada ibu pejabat PKR yang sedang meneliti kes saya. Setahu saya, mereka masih berbincang mengenainya dan sehingga semalam, belum ada keputusan dibuat,” katanya.

Wei Shu turut enggan membuat kenyataan berhubung isu itu selagi belum mendapat keputusan.

“Lebih baik saya tidak buat kenyataan lagi kerana kes ini masih diteliti. Selepas keputusan diberikan kepada saya, saya akan umumkan pendirian saya terhadap parti,” katanya.


Sinar Harian

1 comments:

Anonymous said...

Tan seorang yang Kuat kerja, banyak kali tengok dia dekat padang membuat kerja untuk rakyat,
tapi prinsip kerja untuk rakyat dan menunai janji dan memberi kesenangan kepada rakyat tak dapat dilakukan oleh Tan keseorangan, saya sifatkan beliau ini sebagai HERO Masyarakat CINA tetapi HERO KENA MATI DULUlah sebab prinsip nya bercanggah dengan prinsip pihak berkuasa atasan.

Beliau sifat "RAMBO" lawan seorang dalam sidang negeri dan sidang exco selama dua tahun, bagi saya beliau "SUNGGUH TABAH DAN KUAT" kerana dapat bertahan selama dua tahun untuk merpertahankan kemakmuran dan kepentingan orang cina daripada dirampas oleh pihak yang lebih kuat kuasanya.

Kejayaan beliau yang paling unggul adalah mendapat kelulusan untuk membina semula Sekolah Cina Pom Pom di alor setar yang diruntuhkan oleh kerajaan MCA dahulu. Bukan sahaja kelulusan tetapi juga peruntukan dalam bentuk kewangan.

Syabas YB TAN, Walau apa jua pilihan YB, saya tetap sokong YB TAN habis-habisan.

Yang Ikhlas,

LIM.

Archive

Related Posts with Thumbnails