Tuesday, March 2, 2010

Keluar PKR di Penanti : Zahid Hamidi!! Depa muhong hang!!

Tak habis-habis buat cerita kartun puak-puak UMNO ni sekarang.. ada ka patut Ahli UMNO sendiri yang masuk UMNO depa kata Ahli PKR keluar parti masuk UMNO..

Hairan jugak aku pasal malam tu di Guar Jering nampak ramai lagi ahli-ahli AMK (Sayap Pemuda PKR) yang ada melepak dibelakang khemah tu..


Aku tanya depa.. jawapan depa ialah " Bukan orang Kampung kami tu.. sekor pun kami tak kenai" ada juga yang berkata "Biasala.. lakonan semula, Orang UMNO masuk UMNO" dan ada juga yang berkata "Depa berlakon saja tu.. Zahid Hamidi nak mai, depa kena tunjuk la yang ahli depa tu semakin ramai.. padahal dok berkurang lagi ada la".

Zahid Hamidi kena tipu dengan ahli UMNO rupanya...

Woit Zahid Hamidi!!! depa muhong hang!!

Cis! selama ini aku sangka Ahli UMNO yang bodoh.. rupa-rupanya pemimpin UMNO lagi bodoh!


kah.. kah.. kah.. Zahid kena tipu rupanya...

'Masuk Umno cerita kartun'

Abdul Rahim Sabri
Mac 2, 10

Pejabat ADUN Penanti Dr Mansor Othman PKR mendakwa sebahagian besar daripada 77 ahli Pemuda PKR cabang Permatang Pauh yang dilaporkan menyertai Umno bukan ahli parti itu.

Pegawai khas kepada Dr Mansur, Zainal Abidin Saat berkata, hanya dua ahli PKR iaitu bekas timbalan ketua Pemuda PKR Guar Jering Fakhrul Che Umar dan bendahari ranting Hesabudin Md Isa yang menyertai Umno.

Guar Jering adalah salah satu ranting yang terletak dalam DUN Penanti.

"Mereka ahli Umno, isi balik borang. Mereka bukan ahli PKR," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, beliau mengenalpasti perkara itu kerana ada di kalangan mereka yang dilaporkan menyertai Umno itu kawan-kawannya sendiri.

"Saya kenal mereka. Ini semua cerita kartun," kata Zainal Abidin yang juga bekas setiausaha Umno cawangan Guar Jering.

Beliau yang juga merupakan pegawai khas kepada ahli parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengulas dakwaan 77 ahli AMK yang dilaporkan melompat parti menyertai Umno baru-baru ini.

PAS masuk Umno 'lagi mengarut'

Hujung minggu lalu, Fakhrul dilaporkan meletakkan jawataan ekoran dakwaaan berlakunya pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat semakin parah selepas dua tahun memerintah.

Sementara sebuah blog turut mendakwa selain ahli PKR, terdapat juga ahli PAS yang terlibat keluar parti di bahagian tersebut. Jumlahnya tidak dinyatakan.

Fakhrul juga dipetik berkata AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan program parti.

Mengulas dakwaan Fakhrul itu, Zainal Abidin berkata dakwaan tersebut tidak benar kerana setiap kelulusan untuk permohonan bantuan dibuat melalui beliau sendiri, sebelum dimajukan kepada Dr Mansor.

"Kalau mereka kata kita tidak turun kawasan, itu tidak betul. Guar Jering ini kampung saya. Banyak bantuan diluluskan," katanya.

Zainal Abidin yang juga pengarah pilihan raya PKR bagi DUN Penanti tidak menolak kemungkinan ada di kalangan mereka yang menyertai Umno itu menerima "sogokan wang".

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad turut menafikan terdapat ahli parti itu turut menyertai Umno.

"Kalau ada ahli PAS yang menyertai Umno, lagi mengarutlah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails