Monday, March 15, 2010

Keluar Parti itu Khabar Angin - Wee Choo Keong

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menyelar "Little Napoleons" dalam DAP dan PKR yang menyebarkan desas-desus bahawa beliau antara wakil rakyat Pakatan Rakyat yang bakal "keluar parti".

"Alamak! What rumour? Rumours created by the little napoleons? (Apa khabar angin? Khabar angin yang direka-cipta little napoleons?)" Demikianlah reaksi pertama dalam sms ketika ditanya oleh MerdekaReview, yang menghubunginya melalui perkhidmatan pesanan ringkas, semalam.

Apabila dijelaskan bahawa desas-desus itu berkisar pada masalah individu beliau, yang bakal menjurus kepada "keluar parti", beliau membalas, "All from the DAP and PKR little napoleons! Faceless little napoleons."

Wee Choo Keong (gambar kiri), 57, pernah menjadi ahli parlimen Bukit Bintang pada tahun 1990, kemudian terjerat ke dalam kes MBF yang berakhir dengan pelucutan kelayakannya sebagai ahli parlimen pada tahun 1995. Kes perbicaraan yang sarat dengan pertikaian ini merupakan punca nama Wee Choo Keong menjelma semula pada tahun 2007, dalam skandal "Lingam tape".

Wee CK dipecat oleh DAP pada tahun 1998, atas tuduhan terlibat dalam konspirasi "Kick Off Kit Siang" (KOKS) ketika itu. Beliau telah menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (Malaysian Democratic Party, MDP) pada tahun 2 Mei 1999, namun kecundang di semua kawasan yang dipertandingkan dalam PRU ke-10 dan ke-11. Dalam PRU ke-12, Wee CK bertanding di Wangsa Maju dengan menyarung jersi PKR tanpa MDP dibubarkan.

Punca desas-desus

Wee CK menjadi antara wakil rakyat yang tersenarai dalam kumpulan "risiko tinggi", dikhabarkan bakal "keluar parti" mengikut jejak Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri. Desas-desus ini semakin kencang apabila Wee CK tidak menurunkan tandatangan ketika 12 ahli Dewan Rakyat tanpa jawatan parti mengisytiharkan kesetiaan mereka terhadap PKR pada 3 Mac lalu.

Malah, Wee CK pernah menyifatkan rakan seperjuangannya dalam PKR mahupun PR sebagai "Little Napoleon" dalam blognya, di samping menyeru agar "serangan peribadi" terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim dihentikan. Baru-baru ini, Wee CK pula menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai sasaran, apabila mengungkit peristiwa gesaan "Harimau Jelutong" agar Anwar Ibrahim meletak jawatan.

Pada masa yang sama, khabar tersebar bahawa jejak Wee CK gagal dikesan setelah beliau melawat ke Amerika Syarikat dua minggu yang lalu. Beliau menghadiri satu seminar berjudul "Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia", anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) pada 25 Februari.

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Abdul Nazri Aziz merupakan satu-satunya wakil kerajaan Malaysia ke seminar tersebut. Kebetulannya, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim turut muncul di seminar itu.

Pusat perkhidmatan berjalan seperti biasa

Walau bagaimanapun, ketika wartawan MerdekaReview menjenguk ke pusat perkhidmatan Wee Choo Keong di Wangsa Maju pada Khamis lalu (11 Mac), didapati segalanya berjalan seperti biasa. Bendara PKR masih berkibar di pusat perkhidmatannya, malah pembantunya Yaacob Hamid masih berada di situ untuk melayan pengundinya.


Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails