Tuesday, March 16, 2010

Kejutan Politik bakal berlaku - Zulkifli Noordin

Entah berapa banyak kejutan tah.. tapi satu tak mengejutkan pun..

Dia nak buat Roadshow, penduduk Kulim tolak dia... Khalid Samad ajak dia berdebat tentang isu kalimah Allah dia takut..

Kononnya dia akan mewakili suara umat Islam dan kepentingan Islam, tapi kenapa lari dari menegakkan hukum Islam (Qazaf) di Mahkamah Syariah hari tu?

Semenjak dipecat dari PKR, dia cuba melaga-lagakan pihak dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat. Cara provokasipun macam budak-budak juga..

Nampak sangat dia masih marah setelah dipecat dari PKR tanpa diduga..


KUALA LUMPUR 15 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin percaya sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini akan mencetuskan satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara.

Beliau yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini bagaimanapun tidak menjelaskan perkara tersebut sebaliknya meminta rakyat supaya tunggu dan lihat.

‘‘Saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? tunggu dan lihat.

‘‘Jangan ke mana-mana dan jangan betulkan antena telinga anda... apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers (lampin),’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blognya yang bertajuk Parlimen baru, politik baru di http://zul4kulim.blogspot.com/.

Zulkifli berkata, sidang Dewan Rakyat kali ini yang merupakan kali pertama beliau bertindak sebagai wakil rakyat Bebas akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Islam.

‘‘Insya-Allah saya akan memainkan peranan saya untuk mewakili suara umat Islam dan kepentingan Islam. Ini tidak bermakna saya akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat bukan Islam.

‘‘Malahan berada dalam status wakil Bebas ini akan memberi ruang yang selesa untuk saya memainkan peranan lebih efektif dan berkesan untuk umat Islam dan institusi Islam khasnya dan kebajikan dan kepentingan rakyat umumnya,’’ kata beliau.

Dalam pada itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, ini ekoran perletakan jawatan tiga Ahli Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzli Samsuri dan juga pemecatannya yang menjadikan PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja.

Katanya, di pihak bukan kerajaan, DAP kini mendahului dengan 28 kerusi, Pas 23, satu kerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) melalui Micheal Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) dan tujuh Bebas.

‘‘Menurut konvensyen berparlimen yang diamal dan nilai-nilai demokrasi maka jawatan Ketua Pembangkang seharusnya dipegang oleh Kit Siang kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak.

‘‘Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin tidak boleh mengiktiraf pakatan pembangkang kerana pakatan itu bukan sebuah badan berdaftar, ia sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang berdaftar,’’ katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, sekiranya beliau menjadi penasihat strategi dan politik Anwar, beliau akan menasihatkan Penasihat PKR itu untuk mengosongkan kerusi ketua pembangkang.

‘‘Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati Anwar kerana beliau akan dilihat tidak mementingkan jawatan dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan PKR.

‘‘Tetapi malang, saya percaya Anwar telah diberi nasihat yang salah oleh ‘firaun-firaun kecil’ yang mempengaruhi dan menyatakan daripada segi undang-undang tidak menjadi masalah untuknya terus berpaut kepada jawatan Ketua Pembangkang walaupun PKR sudah hilang majoriti,’’ katanya.

Zulkifli berkata, berdasarkan kedudukan jumlah kerusi parti bukan kerajaan, maka menurut Peraturan 2 Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia dan berdasarkan prinsip amalan berparlimen sejagat serta nilai demokrasi yang diterima pakai, susunan kerusi sepatutnya kini berubah.

Menurutnya, semua ahli Parlimen DAP sepatutnya kini duduk di blok paling depan sebelah kiri Speaker, iaitu Blok I.

‘‘Kemudian diikuti oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR, Pas dan PSM. Jadi saya nak tengok apakah susunan tersebut dilaksanakan oleh Tan Sri Speaker pada sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

‘‘Sekiranya tidak, kemungkinan akan ada usul peraturan mesyuarat dibawa untuk susunan kerusi dibuat mengikut apa yang saya sebut tadi,’’ katanya.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails