Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, March 4, 2010

Jangan Sesekali Lepaskan Perempuan Sial Itu!

Disiarkan atas permintaan seorang Sahabat..

Oleh Lebah Kota

Selalunya penulis menulis agar Saiful Bukhari Azlan diberikan peluang untuk menuntut keadilan bagi dirinya yang mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali ini, penulis mahu menulis mengenai nasib malang Syafia Humairah Sahari, anak kecil berusia 3 tahun mati dibelasah manusia sial di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, beberapa hari lalu.

Setakat ini, ramai yang tahu bahawa lahanat yang membunuh anak kecil itu adalah seorang pemandu teksi yang juga teman lelaki ibu kanak-kanak berkenaan.

Dikenali dengan nama Abang Mat di kampungnya dan dikatakan kononnya seorang yang panas baran.

Tahukah bagaimana dia membunuh kanak-kanak itu? Dengan memijak perutnya sambil memakai but bolasepak... .

Sebelum itu dia menyuruh budak itu mengambil bola dan bila budak itu peluk bola berkenaan, dia sepak bola itu sekali dengan anak kecil itu.

Kemudian diangkat anak malang itu dengan sebelah tangan dan dicampak ke atas padang .

Paling menyayat hati...anak itu tidak menangis pun ketika diperlakuan demikian.... mungkin sejak kecil dia didera seperti haiwan hingga akal dan mentalnya sudah rosak walaupun baru berusia 3 tahun.

Sudah dibunuh, ditinggalkan di hospital macam bangkai binatang. Demi Allah...Lebah Kota yang juga seorang bapa menahan air mata semasa menulis bagaimana babi itu membunuh kanak-kanak berkenaan. Doa penulis biarlah dia mati di tali gantung.

Namun, di sini, penulis juga hendak menulis dan menggesa jika ada pegawai polis berpangkat tinggi yang membaca tulisan ini....tolong jangan bersimpati dan melepaskan ibu kanak-kanak malang itu.

Ini kerana, menurut banyak saksi, ibunya juga terbabit mendera anak berkenaan selama ini.

Cuma ketika kejadian di mana pukulan yang membawa maut itu berlaku sahaja kebetulan ibunya tidak hadir.

Tetapi selama ini jalang berkenaan dan teman lelakinya bersama-sama mendera Syafia Humairah.

Kalau kita mahukan keadilan untuk anak kecil itu, kita semua harus bersatu dan menyeru agar wanita sial itu juga dikenakan tindakan.

Ingin tahu serba sedikit latar belakang perempuan sial terbabit? Suaminya bekas polis berpangkat Sarjan yang ditahan di penjara kerana kesalahan membunuh. Dia tidak pernah diceraikan oleh suaminya itu. Jadi secara teknikal, dia masih isteri orang.

Nyata dia curang bersama pemandu teksi itu, dasar perempuan low class... apakah Jabatan Agama Islam Selangor hanya akan membutakan mata dalam hal ini?

Wanita itu sudah memiliki seorang anak luar nikah berusia setahun 6 bulan bersama pemandu teksi berkenaan.

Dan ingin tahu lagi....seorang lagi anak luar nikah sedang membesar dalam perutnya dan akan lahir ke dunia dalam masa beberapa bulan lagi.

Dalam hal anak luar nikah ini, Lebah Kota tidak ada marah atau benci kepada mereka. Walaupun status anak luar nikah...tetapi bukan salah mereka dilahirkan ke dunia ini.

Salahnya adalah ibu sial dan teman lelaki babinya itu.

Lebah Kota tidak nampak sebab mengapa wanita itu tidak ditahan sehingga kini dan didakwa?

Pandai dia berlakon pengsan bila mendapat tahu anaknya itu mati....pastinya pengsan bukan kerana sayang, tetapi kerana takut mengelupur dengan tindakan polis menyiasat kes berkenaan.

Pandai dia berlakon mengalirkan air mata di tanah perkuburan.

Tengok dalam Buletin Utama, memang nyata sekali ibu sial itu berlakon ketika berada di rumah mayat dan tanah perkuburan.

Mengapa dalam hal-hal begini kerap kali ibu kanak-kanak yang didedera akan menjadi yang pertama sekali dilepaskan?

Bukankah mereka ini selalunya tahu anak mereka didera tetapi hanya mendiamkan sahaja. Batang balak mereka lebih berharga daripada nyawa anak sendiri agaknya!

Malang sungguh nasib Syafia Humairah kerana dilahirkan dalam keluarga di mana bapa kandung mereput dalam penjara, ibu bersekedudukan dengan pemandu teksi yang merasa dirinya macho dengan membelasah kanak-kanak yang tidak berdaya melawan balik..

Apa punya keluarga ini? Apa yang mak bapak perempuan sial itu buat apabila tahu cucu mereka sedang didera selama ini?

Mak bapak macam mana yang bagi anak perempuan menyundal sampai ada anak haram dan satu kampung tahu?

Mak bapak jenis ini tak guna dan sepatutnya dah lama bunuh diri dengan terjun bangunan atau minum racun.

Kalau perkara seperti ini berlaku dalam masyarakat India ....laju sahaja kita akan beri label pariah....berlaku dalam masyarakat Melayu Islam nak kata apa pulak....pariah Melayu?

Semua orang ada dosa dalam kematian anak kecil itu.

Baik ibu bapa wanita berkenaan, masyarakat sekeliling, kerajaan dan sebagainya..

Penulis dan anda yang membaca pun berdosa dalam hal ini....jika kita membiarkan ibu kanak-kanak itu yang secara tidak langsung bersubahat dalam kejadian berkenaan terlepas daripada dosanya yang tidak terampun itu.

Kalau anda seorang penulis blog, buatlah jasa dengan menulis entri yang mendesak agar wanita lahanat itu pun diambil setegas-tegas tindakan. Mungkin ia akan berjaya.

Kalau tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.... kalau ibunya tidak menyumbang mungkin kejadian seperti itu dapat dielakkan.

Keadilan untuk sekujur tubuh kecil yang dikebumikan semalam perlu kita perjuang dan ketengahkan juga.


***Beberapa jam selepas penulis habis menulis rencana ini, seorang rakan memberitahu perempuan sial itu kemungkinan besar akan ditahan polis pagi ini (Ahad - 28 Feb).


Al Fatihah buat Syafia Humairah !

7 comments:

CgLyn said...

Perempuan itu memang sial, tatpi Shahrizat Jalil membela dia.

bang usin said...

sharizat pun sial cam sundal tu jugak le..

memang betina sundal...bodoh punya betina..

vote for...si bapak dan mak mangsa di pancung..!!!

FMZam said...

Sial tak sial itu aku tak pedulik tapi aku nak tanya amacam perempuan sial ni boleh tak dikenakan hukuman sebat dahulu kerana dah nyata dia berzina sampai beranak haram. Lepas tu nak hukum dia subahat bunuh tu hukumlah. Kalau si Kartika yang minum beer kena rotan, yang tiga pompuan bersuami melakukan seks dengan jantan lain pun kena rotan, jadi yang ni UMNO nape diam aje? Shahrizat apa lagi, rotanlah, jangan kerana kau bela dia kau boleh lepaskan dia dari dirotan!

Anonymous said...

saudara,

sy yg br komen psl senarai pembelot itu.psl jeffry,arumugam, anwar.

dlm topik ni, sy sokong 100% pendapat anda.byk komen sy ke akhbar sinar tk lps.

krn sy jg ckp mcm mana saudara ckp.memang pompuan lebih pentingkan cinta,nafsu, atau ckp kasar batang teman lelaki dia.bkn nk fitnah.tp dr segi logik sedangkan jiran2 tahu yg adik ni sering didera.mana mungkin ibu dia tk tahu.dia rahsiakan sbb takut kehilangan teman lelaki yakni btg teman lelaki dia.

sepatutnya polis tangkap dia juga krn bersubahat.ini bkn kali pertama kes sedemikian.boleh dikatakan kes ala2 ni..membabitkan teman lelaki pompuan yg dah status janda atau ditinggalkan suami.jgn mudah lupa.cuba ingat2 semula.semua kes dera anak ni sprt situasi ni babitkn teman lelaki pompuan yg tk de lelaki utk lepaskan nafsu.

ada jg kes sedemikian babitkan cina dan india.tp tu sekali sekala.yg ramai melayu jugak.malulah sy.bapak kpd pompuan tu kata dia perasan bdn cucu dia ada kesan cucuk rokok.tp tiada tindakan.mustahil mak dia sendiri tk tahu.

Anonymous said...

JKM akan berikan perlindungan kepada "ibu Malang" ni.. Malang sgt laaaa
Jalang yelaaaaaaaa. Sakit hati aku baca... x pasal2 budk tu mati.... betina tuuuu jgn yg kerajaan bela....

Anonymous said...

Berita NTV 7 telah melaporkan sebanyak dua kali.Kali pertama ketika satu Msia heboh kematian Syafia.Hari ini 5 Mac, NTV 7 ulang benda yg sama iaitu:

Seminggu sblm kematian Syafia, atuk kpd Syafia iaitu Bapa kpd Ibu Syafia (Norhanim Aziz) ada bertanya kpd ibu Syafia (Norhanim) ada kesan pd bdn Syafia sprt dicucuh dgn puntung rokok.

Norhanim iaitu Ibu kpd Syafia berkata Syafia jatuh kt semak ketika bermain.

Drpd kenyataan ini apa yg kita fhm? Nyata Norhanim ni sedar dan ketahui penderaan oleh teman lelaki pd Syafia.Tp btg punya psl..kautim..habis nk ckp apa lg? apa motivasi dia..merahsiakan perkara sebenar.

Laporan Sinar Harian 2 Mac.Ada sorang peguam tu drpd persatuan apa entah, berkata masyarakat harus dipersalahkan & mrk jg bertanggungjwb pd kematian syafia.

Tp sy pelik sehingga hari ini semua akhbar sprt melindungi ibu syafia.Logiknya jk jiran tahu penderaan ini, mana mungkin ibu dia si Norhanim tk tahu?

Akhbar sibuk melariskan akhbar mrk dok citer psl anak luar nikah lah..mengandunglah.Nk slh kan media 100% tk lah gak.sbb org melayu kite suke baca citer skandal.tp kemungkinan mcm ibu syafia turut tahu penderaan ini, mana mrk ada masa nk fikir.

Terus terang sy lngsung tk simpati dgn Si Norhanim tu.muka lawa tp otak tk leh pakai.Cuma sy sedih dgn kematian syafia tk berdosa.

Laporan akhbar kata: slps Syafia dimasukkan ke hospital sepatutnya boyfriend norhanim amik norhanim balik dr keje kt pasaraya.tp dia tk amik.senang2 je pompuan celaka ni leh tido umah kwn dia.tk fikir ke ank pompuan awk tinggalkan kt boyfriend.

Alasan sblm ni dia pnyayang sy tk cayalah.ikut sejarah, kes2 sblm ni.penderaan tk berlaku secara tiba2 pd hari tersebut hingga kanak2 tu mati.fakta mengatakan penderaan memang dah berlaku lama,sampailah budak tu mati.ni fakta merujuk laporan berita di tv&akhbar sebelum ni di Msia.tak percaya cr berita lama.jgn mudah lupa bak kata Tun Mahathir.

norhanim ni memalukan masyarakat melayu islam.dah byk dah kes babitkan pompuan melayu islam terutama yg status janda - kanak2 mati di tangan teman lelaki.hampir semua kes ni, laporan perubatan biasanya sahkan ada kesan cedera lama.moralnya wanita ni memang tahu anak mrk biasa didera oleh jantan/boyfriend mrk.tp coverline.cover utk apa? apa motivasi dia..fhm2 je lah....(batang)..

maaf krn terkasar bahasa.tp sy geram....sy sygkan kanak2..wlupun syafia tu bkn anak sy.tp kite manusia...harus syg sesama sendiri.

Anonymous said...

Aku rasa perempuan sial ni memang patut kena rotan ataupun rejam depan orang ramai supaya orang ramai dapat pengajaran. Yang si shahrizat pegi bela dia tu apahal pulak? Tau la kau tu menteri pembangunan wanita tapi kalau nak bela pun agak2 laaa.. banyak lagi ibu tunggal kalau nak bela sangat.

Archive

Related Posts with Thumbnails