Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, March 4, 2010

Jangan kacau Ketua Menteri kami la....




Polis hari ini melawat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk merakamkan kenyataannya dan tiga ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Lawatan itu bertujuan bagi melengkapkan siasatan 'perhimpunan haram' dan kata-kata hasutan yang didakwa dihamburkan ketika forum 'Tolak Fitnah' dan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat.

Sembilan anggota polis dari beberapa balai tiba di pejabat Ketua Menteri pada jam1.10 petang.





Dua belas pembantu kepada ahli dewan undangan negeri dengan pantas menaikkan kain rentang sebagai sokongan moral dan bantahan terhadap tindakan polis itu.





Kain rentang itu antaranya berbunyi 'Hentikan siasatan terhadap Ketua Menteri dan perwakilan kami'.






Lim menghadapi enam pertuduhan termasuk perhimpunan haram, hasutan dan juga fitnah.

Lain-lain wakil rakyat yang juga diambil keterangan mereka ialah Ong Khan Lee (Kebun Bunga), VS Raveentharan (Batu Uban) and Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Difahamkan 10 wakil rakyat Pakatan telah diarah memberi keterangan. Daripada jumlah itu, enam sudah berbuat demikian, termasuk timbalan ketua menteri P Ramasamy dan Mansor Othman, serta ahli exco Abdul Malik dan Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai berkata polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.

"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional.Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat.


Malaysiakini

2 comments:

FMZam said...

Apa perlunya sampai 9 orang anggota polis kalau hanya nak ambil keterangan dari seorang menteri. Itu 9 orang nampak macam semua pegawai polis belum lagi dikira pemandu dan pangkat bawahan yang ikut serta dalam urusan ini. Kalau aku jadi polis, aku dengan beraninya datang seorang saja dan tak perlu takut walau dikerumun pun aku tetap akan laksanakan tugas aku sebagai polis yang berani. Macamana polis Malaysia ni nak dapat respek, berani hanya bila ramai!......

Tan Loo Ley said...

KPN bercakap seolah-olah kita ini pekak dan buta....

Pernahkah polis datang "menziarahi" mana-mana menteri serta ketua menteri umnobn selama ini yang berkait dengan salah laku...

JANGAN JADI PEMBOHONG BESAR...dulu Guan Eng dipenjara kerana 14 aduan terhadap ketua menteri melaka,waktu itu dari umno...yang kena sumbat dalam penjara Guan Eng tetapi ketua menteri berkenaan bersenang lenang hingga ke hari ini....yang jadi mangsa ialah gadis remaja yang "dibusungkan".

KPN janganlah jadi penipu...bawa-bawalah bertobat...kubur dah panggil dah tu.

Archive

Related Posts with Thumbnails