Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 16, 2010

Hj. Mohsin.. Jangan takut... Balik la ..

Orang Tua ni takut nak balik Bagan Serai rupanya.. kan pepatah ada mengatakan 'Berani kerana Benar, Takut kerana Salah' kalau tak salah nak takut apa kan?

Tengok macam Zahrain tu.. selamba saja dia balik Bayan Baru, dah tu buat perjumpaan dengan masyarakat Bayan Baru.. biarpun ada tak sampai 20 orang yang hadir dalam perjumpaan tu, gambar sila lihat di sini..

Tapi kalau Zahrain tak balik Bayan Baru.. dia nak pi mana lagi??




Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri tidak perlu takut dan khuatir untuk berdepan dengan rakyat di kawasannya sekiranya beliau yakin berada di pihak yang benar, kata pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub hari ini.

Mustaffa diminta mengulas kenyataan Mohsin yang beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Mohsin dilaporkan berkata beliau 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Mengulas lanjut, Mustaffa yang juga naib presiden PKR berkata, tidak ada sebarang ancaman terhadap Mohsin tetapi "siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas".

"Beliau tidak perlu menyalahkan orang lain, sebaliknya menilai diri sendiri. Kalau beliau betul, beliau harus berani berdepan dengan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan Mohsin yang bimbangkan keselamatan itu sebagai satu alasan, Mustaffa mendakwa, ia mungkin sekadar alasan sahaja kerana tidak berani berdepan dengan rakyat selepas keluar parti.

Mustaffa berkata perhimpunan di hadapan pejabat Mohsin bagi mendesaknya mengosongkan kerusi Bagan Serai dilakukan secara aman.

Dilaporkan sekurang-kurangnya demonstrasi diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.

Hanya sehari selepas beliau mengisytihar keluar PKR, kira-kira 200 pengundi berdemontrasi di hadapan pejabatnya.

Manakala bermula Sabtu lalu, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan di pelbagai tempat di parlimen itu bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.

Ia dijadual berakhir di Masjid Kampung Tinggi pada Jumaat ini.


Malaysiakini

2 comments:

Perak Reform said...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

Anak Sungai Derhaka said...

Salam kembali Tuan..

Mak aih.. panjangnya..

Sudah selamat diletakkan..

Archive

Related Posts with Thumbnails