Ceramah umum dengan tema ' Semboyan Halilintar Ke Putrajaya' sempena ulangtahun ke 2 Tsunami Politik di Malaysia bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.
Kehadiran menjangkau atau melebihi 10,000 tak berapa pasti.. kalau nak pasti korang kiralah sendiri.. he.. he..
Untuk kali ke berapa kami dah x perasan DSAI dtg ke negeri 9 ni...tapi kesimpulan yg dpt kami gambarkan adalah, mlm tadi mncatatkan kehadiran yg amat-amat luar biasa!!!
kenapa kami berkata sedemikian adalah berdasarkan logik keadaan semasa politik PKR & DSAI itu sndiri setelah beberapa pimpinan MP yg melompat parti, gambaran suasana mlm tadi menunjukkan secara amat jelas bahawa rakyat Malaysia kini semakin bijak & tak bodoh seperti yg diharapkan UMNO dan BN..!!!
Yang pertama mlm tadi di seremban, dapat dilihat dgn jelas bahawa ribuan anak2 muda baik melayu cina india yg bersama bukan saja hadir dlm ceramah malah hujan yg sangat-sangat lebat tdk menginginkan mereka utk berganjak walau selangkah malah mereka anak muda terus maju kehadapan pentas untuk memberi keyakinan kepada DSAI & pimpinan bahawa anak2 muda takkan lari dan takkan gentar utk menentang umno & BN!!!!
yg kedua SEMUA pimpinan akar umbi Pakatan Rakyat baik keadilan, PAS, DAP SELURUHNYA hadir mlm tadi utk menyaksikan gelombang ini berterusan sehingga PR mencapai kemenangan pada PRU yg ke-13 nnti...!!!
Yang ketiga pula, belum pernah berlaku ceramah yg diadakan sebegini besar di negeri sembilan lebih2 lagi dihadiri oleh DSAI, dikawal dengan begitu baik oleh Pihak Polis & trafik dlm proses melicinkan keadaan (seolah olah program kerajaan negeri) serta rata2 anggota polis menunjukkan sokongan dengan sentiasa memberi kerjasama dan juga sentiasa melemparkan senyuman kepada semua penyokong dan pendokong parti Pakatan Rakyat ini. berbeza sama sekali dengan keadaan ketika di Kelab Sultan Sulaiman di Kg baru baru2 ini apabila pihak polis mengasari dan memukul penyokong malah tidak langsung menghormati pimpinan besar Pakatan Rakyat...!!!
dan yg keempat apabila DSAI dengan raut wajah yg serius dan penuh yakin menyatakan dengan sesungguhnya bahawa Pakatan Rakyat akan dapat merampas negeri sembilan dari tangan BN pada PRU -13 nnti dengan lampiran bahawa anak muda harus bekerja keras bersama dengan semua pimpinan PR serta mengambil sikap offensive (menyerang) bukan lagi utk diffensive (bertahan)..!!!
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada semua terutamanya Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin Abbas yg bertungkus lumus bersama saf safnya dlm menjayakn program ceramah ulung ini dan kami SAMM sendiri akn sentiasa bekerjasama dengan beliau pada masa akan dtg!!!
insyaalah kami SAMM berjanji malah kami juga telah menginfaqkan diri kami dlm perjuangan suci ini demi agama kami, rakyat kami dan bangsa kami dan utk kami berhenti dlm perjuangan adalah sesuatu yg mustahil. Hanya Allah SWT shj yg bisa menghalang kami atas hikmah2 yg ditentukannya insyaallah...
LAWAN TETAP LAWAN!!!
Sumber gambar dan lagi gambar-gambar sila lihat di sini

7 comments:
Tiba2 polis jadi baik, dah tak lagi buat hal menghalang ceramah DSAI macam selalu bila DSAI diberhentikan di tengah2 ceramah. Why? Heran pulak aku bila polis tiba2 jadi baik. Baik ada makna tu...kata P.Ramlee. Lepas ni polis akan panggil Anwar ke balai beri keterangan atas semua ceramah dia lagi ke?
Wahai Pak Polisi, korang tape ajelah ceramah2 Anwar tu pastu chas ajelah dia, tak payah susah2 nak panggil dia ke balai nak beri keterangan apa buang masa lagi, bukti dah ada chas ajelah!
alhamdulillah.. lebih ramai org lebih bagus.. dapat kita selamatkan malaysia secara bersama..
tp ak rasa kurang dari 10,000 org. anggaran ku mungkin dalam 7 ribu hingga lapan ribu. baru2 nie memang ceramah pr dapat sambutan drp rakyat. Insyaalah dapat berterusan sampai bila2..
Ayuh Selamatkan Malaysia!!!
Suasana begini yang menjadikan Umno dan Pak Najib meroyan habissss...Inilah tanda rakyat sudah muak dengan pembohongan media Umno.
Jangan lupa tuan tanah...tolong linkkan blog ana...http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com
ramai yg tak sedar bahawa sememangnya target penyokong bagi keluasan dalaman kawasan pagar sekitar 8000 org, akn tetapi penyokong bukan shj ada dlm kawasan malah diluar pagar hampir mencecah 3000 lebih.. itu sebab mereka umum sekitar 8000 org tanpa melihat kawasan luar yg sebenarnya ada dekat 3000 org..maka jumlah keseluruhan menjangkau 10,000 penyokong!!!
klau cam ni pnya ramai mkin ssah ler utusan melayu nak kira kehadiran pendengar mlm tu...haaaa
adakah ini petanda PR smakin mndapat sokongan rakyat. Kalu di SM sya prcaya rakyat telah trbuka mindanya dn brsedia menukar kerajaan pd PRU13..tp Sabah dan Sarawak ni, sya masi tdk pasti apa dlm fikiran mereka. Di Sabah, sya cuma dpt mnjangka hanya 30% pnduduk yg ada ksedaran dn brsedia menukar kerajaan. DSAI kena brkerja keras utk mngubah mentaliti org sabah ini.
Salam.. Tuan Sendiri Mau Ingat..
Dah saya letakkan dalam blogroll saya..
Wassalam..
Post a Comment