Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, March 10, 2010

Fairus diperalat burukkan PKR

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa UMNO sedang memperalat bekas pemimpinnya yang keluar parti, termasuk Mohamad Fairus Khairuddin supaya melemparkan tuduhan buruk terhadap parti dan Pakatan Rakyat (PR) bagi menunjukkan kepincangan parti itu.

Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub berkata, kenyataan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin PKR adalah satu tuduhan dan pendekatan demi memenuhi perjanjian di antara mereka dengan UMNO.

“Sebab itu beliau berkata apa saja tuduhan memburukkan parti dan Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana dituntut dan syarat yang ditawarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum mereka sertai parti itu.

“Saya tidak memikirkan perkara itu serius dan masyarakat akan mengambil kira apa yang disampaikan kerana rakyat lebih tahu dan mengenai mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam PKR yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun .

Fairus berkata, individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan dalam PKR.


Sinar Harian

3 comments:

FMZam said...

Apa nak herankan Fairuz tu diperalatkan UMNO, siapa katak2 Pakatan yang tak diperalatkan UMNO? Bodohlah UMNO bersusah payah buat katak2 tu melompat ke dia pastu tak dipergunakan sekarang sebab bila tiba PR13 nanti semua katak2 tu akan jadi liabiliti kepada UMNO! It's now or never kata Elvis Presley.

MANSOR JUNUS said...

Sifat bodoh sombong Fairuz menjadikan dia objek yang cukup baik untuk ditunggang oleh UMNO. Tiada watak cerdik dalam jasad dia. Macam mana dia boleh terlepas jadi TKM Penang dulu saya sampai hari ini tak faham.

Booman said...

makin ditengok si fairus ni makin teserlah kebodohannya

Archive

Related Posts with Thumbnails