Thursday, March 11, 2010

DSAI : Rosmah, Najib guna Polisuntuk takutkan Pimpinan PR.

Kami menentang keras tindakan menakut-nakutkan oleh polis yang berterusan ini. Kami juga menentang keras bagaimana polis digunakan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib dan Rosmah dari Umno untuk menghalang proses demokrasi di negara ini.



Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

PETALING JAYA, 11 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) dipimpin Umno terlalu terdesak sehingga terpaksa menggunakan polis untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu, Anwar mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya kini menggunakan polis dalam mengadakan kempen memalukan PR.

“Saya melihat tindakan berterusan polis....ada usaha menakut-nakutkan dengan menggunakan polis. Saya terpaksa berurusan dengan tiga laporan polis yang difailkan oleh polis sendiri dan satu lagi oleh rakyat yang mendakwa prihatin,” kata beliau kepada pemberita selepas ditemui sepasukan anggota polis tengah hari ini.

Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat di Batu Maung, Kepala Batas, Kampung Baru dan Kubang Semang.

Empat laporan dibuat pada 16, 17, 22 dan 27 Februari.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat berkata Umno menggunakan taktik ini untuk menghalang proses demokrasi di negara ini.

“Kami menentang keras tindakan menakut-nakutkan oleh polis yang berterusan ini. Kami juga menentang keras bagaimana polis digunakan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib dan Rosmah dari Umno untuk menghalang proses demokrasi di negara ini.

“Jika ini caranya untuk menakutkankami, maka saya boleh memberi jaminan bagi pihak Pakatan Rakyat bahawa ia tidak kisah langsung kepada kami,” katanya.

Justeru tambah beliau, apabila pemimpin-pemimpin autoritarian merasakan adanya tuntutan rakyat untuk perubahan dan sentimen menentang dasar menekan mereka, mereka biasanya akan menggunakan pendekatan-pendekatan mahu menekan orang ramai dan pembangkang.

Anwar memberikan keterangan kepada polis hari ini — pemimpin PR terbaru berhubung ucapan pada ceramah-ceramah yang diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Pemimpin PR lain yang terlibat dalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Salahuddin Ayub dan R. Sivarasa masing-masing Naib Presiden PAS dan PKR.

Tiga anggota polis berpakaian seragam dan dua lagi berpakaian biasa dari Pulau Pinang tiba di ibu pejabat PKR di sini tengah hari tadi.

Pasukan polis dari Timur Laut itu diketuai oleh ASP Mohd Syukry Moh Ali.

Anwar mengesahkan beliau sedang disiasat kerana menyertai perhimpunan tidak sah, hasutan dan ucapab fitnah jenayah.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails