Thursday, March 4, 2010

DSAI.. Apa kata kalau kita jual mereka sebelum mereka melompat?


Gambar Hiasan : Hj. Mohsin sedang memerhatikan Salehuddin
menunjukkan cara melompat yang betul.

Assalamualaikum DS Anwar Ibrahim..

Dengar ceritanya kebanyakkan dari Ahli Parlimen PKR yang melompat keluar parti memang bermasaalah. Apabila mengistiharkankeluar dari PKR ramai yang memberikan alasan tidak mempunyai keyakinan lagi pada Parti..

Padahal ada pihak yang mengatakan kebanyakan dari mereka menghadapi masaalah kewangan.

Dato Seri sendiri telah mengatakan bahawa selepas PRU12 hari itu, PKR telah bergerak dalam keterbatasan dan kekangan kewangan.

Jadi untuk mengatasi masaalah kewangan dan mengelakkan isu lompat Parti dari berulang lagi… apa kata Dato Seri jual saja semua Ahli Parlimen yang tinggal dan bermasaalah itu kepada Najib sebelum mereka dibeli..

Dengan cara ini kita telah Berjaya menyelesaikan 2 masaalah sekaligus..

Pertamanya kita berjaya mengurangkan masaalah kewangan parti.

Dan yang keduanya pula PKR tidak lagi akan menghadapi masaalah Ahli Parlimen melompat Parti kerana yang bermasaalah telah selamat dijual.

Bukankah PKR masih ada 12 lagi Ahli Parlimen yang masih setia.. kita jual yang tak berikrar taat setia kepada Parti tu sudahlah..

Biar 1Malaysia terpinga-pinga..

12 lagi Ahli Parlimen yang berikrar setia

01-Datuk Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang)
02-Ahmad Kassim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)
03-Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)
04-Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat)
05-Abdul Aziz Abdul Kadir (Ahli Parlimen Ketereh)
06-Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau)
07-S Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar)
08-N Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai)
09-Rashid Din (Ahli Parlimen Merbok)
10-Loh Gwo-Burne (Ahli Parlimen Kelana Jaya)
11- Amran Ab Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah)
12-Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan)

Ahli Parlimen yang tidak berikrar setia

01-Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)
02-YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)
03-YB Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails