Sunday, March 21, 2010

Dana REFORMIS : Syabas Tan Sri Khalid !!!

Sudah sekian lama sebenarnya saya menantikan perkhabaran baik ini. Sehingga kini saya berasa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membela nasib penyokong marhaen yang berniaga kecil-kecilan termasuk di dalam kawasan Kuala Lumpur.

Didalam keasyikan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan ekonomi ditadbir dengan baik dan telus, tanpa mempedulikan sesiapa yang mahukan kontrak, tender mahupun kekayaan sekelip mata, saya senantiasa menyatakan bahawa PR tidak melakukan yang sepatutnya untuk membela nasib penyokong yang berpendapatan kecil.

Saya merasakan bahawa PR meletakkan golongan ini sama dengan golongan oportunis kontrak dan tidak mahu melayani mereka disebabkan takut sekiranya bantuan yang diberi kepada mereka disama-tarafkan sebagai pemberian kontrak.

Pendirian saya sama dan konsisten: golongan Marhaen ini perlu pembelaan, mereka hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan malam. Akibat daripada sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada perjuangan Reformasi, ramai diantara mereka yang dibuang kerja, yang dinafikan kerja dan dinafikan bantuan dana untuk memulakan perniagaan kerana mereka bukan ahli UMNO ataupun mereka tidak diberi surat sokongan UMNO.

Hakikatnya ialah golongan REFORMIS inilah yang paling hadapan di saf perjuangan. Semasa REFORMASI 97-99 merekalah yang melindungi orang lain daripada tersembur gas pemedih mata dan air kimia. Mereka jualah yang memperjuangkan nasib Anwar di kala Zahrain Hashim masih lagi meneguk Cappuccino di atas kerusi empuknya di Penang Port Berhad.

Dengan pengisytiharan bantuan dana RM100,000 untuk Yayasan Reformis saya merasakan bahawa tanggapan saya salah dan saya kini berkeyakinan bahawa Kerajaan PR di Selangor di bawah kelolaan Tan Sri Khalid tidak melupakan akar umbi. Saya mengucapkan syabas dan berdoa agar Allah SWT agar terus memberikan hidayah dan kekuatan untuk PR terus mentadbir Selangor untuk berdekad-dekad lagi.

Dengan kesedaran membantu golongan yang susah, termasuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), bantuan pelajaran untuk kaum India ke INPENS dan gaji minima RM1500, perjuangan PR Negeri Selangor akan terus diberkati Allah SWT InsyaAllah.

Syabas sekali lagi!

http://puterabatu.blogspot.com

Jangan lupa baca juga apa komen seorang reformis yang hadir di rumah Menteri Besar Selangor tempat diadakan perjumpaan dengan mereka yang terbabit dengan reformasi pada pada 26hb Februari 2010 lepas di sini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails