Tuesday, March 9, 2010

Cabaran jenis apa ni YB Zul?

YB Zul telah mencabar DS Wan Azizah meletakkan jawatannya sebagai Presiden PKR, dan katanya juga kalau DS Wan Azizah berani agar bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Yang menjadi tanda tanya di sini ialah tidakkah YB Zul sedar bahawa DS Wan Azizah telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak sampai 5 tahun lagi pun, dia tak layak untuk bertanding semula dalam masa kurang dari 5 tahun tu..

Jadi mana mungkin DS Wan Azizah boleh mencabar YB Zul dalam mana-mana pilihanraya yang terdekat ni..


Cabaran jenis apa ni YB Zul?

Zul Noordin cabar Wan Azizah letak jawatan, cabarnya di Kulim

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) menasihatkan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak berperang dengannya sambil menegaskan agar melepaskan jawatannya atas alasan sudah gagal memimpin PKR.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan,” kata Zulkifli yang dipecat dari PKR kelmarin.

Zulkifli juga mencabar Wan Azizah jika berani agar bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu, satu lawan satu.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PKR,” katanya.

Kata Zulkifli, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih daripada tahu yang beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengannya.

“Tetapi Wan Azizah telah membuat kenyataan yang mengutuk saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab kutukan itu, dan saya berharap selepas ini Wan Azizah akan berhenti dengan serta-merta daripada memilih untuk terus menyerang saya,” katanya.

Dalam komen pertama yang dilihat sangat ‘pedas’ dan bersifat peribadi terhadap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Zulkifli menambah beliau mahu terus mengingati Wan Azizah dalam keadaan yang baik.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya mencerminkan diri sendiri dan ‘walk your talk’,” katanya.

Zulkifli berkata beliau merujuk kepada kenyataan Wan Azizah dan beberapa kenyataan segelintir pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat lain yang menuntutnya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Seterusnya sila baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails