Thursday, March 11, 2010

BN Perkuda Polis untuk kekang PR

"Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya,"

Oleh Qayum Rahman

SEBERANG JAYA 11 Mac - Pihak polis di Malaysia sentiasa digunakan sebagai hamba dan alat politik kepada kerajaan untuk menganggu dan melemahkan keutuhan Pakatan Rakyat yang semakin mengancam kedudukan kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN menyalahguna polis agar mengekang pengaruh besar Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menentang mereka.

"Polis dipaksa mengikut perintah sebagai hamba abdi kepada kerajaan yang digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat Mereka sebenarnya tidak mampu menyerang kita.



"Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya," kata beliau kepada lebih 20,000 penyokong pada ceramah sambutan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.



Anwar berkata tindakan kerajaan menggunakan polis membuatkan rakyat terus membenci mereka sehinggakan polis juga tidak lagi dihormati dan tidak diharapkan mampu menjaga ketenteraman awam.

Muslihat jahat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sudah lama diketahui rakyat tetapi konspirasi mereka masih tidak mampu menundukkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat berkaya mewujudkan corak kepimpinan yang telus dan bersih serta bebas rasuah disamping membawa perubahan yang meberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Pematang Pauh itu kesal pihak polis sentiasa akur dengan arahan Umno-BN walaupun mereka menyalahi undang-undang yang negara.



"Pihak berkuasa menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan melanggar Akta Hasutan tetapi mereka (polis) tidak berani langsung mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri yang sentiasa ganas melanggar Akta Hasutan.

"Polis takut akan kezaliman pimpinan Najib dan juga terpaksa berikrar mengikut telunjuk Najib dan Rosmah yang menyalahguna kuasa mereka untuk mengkhianati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang itu lagi.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails