Saturday, March 27, 2010

Angkatan Tentera RAYU naik gaji anggota ....

Walaupun antara Tentera dan Polis bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan negara terjamin tapi kenapa kenaikkan gaji mereka berbeza?

Polis tidak perlu membuat sebarang rayuan untuk kenaikkan gaji tetapi Tentera terpaksa membuat rayuan..

Adakah kerana Tentera memelihara keselamatan negara dari ancaman luar maka mereka tidak penting kepada negara sehingga kenaikkan gaji pun terpaksa buat rayuan?

Manakala Polis pula diperlukan untuk menjaga keselamatan pemimpin-pemimpin UMNO dari serangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjadikan mereka lebih berharga?




PORT DICKSON, 27 Mac — Angkatan Tentera (ATM) akan turut merayu bagi kenaikan gaji anggota dan pegawainya berikutan penyelarasan gaji anggota polis yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM berhasrat untuk memohon kenaikan yang sama.

“Penyelarasan gaji anggota polis menjadi penanda aras kepada ATM untuk mengkaji penyelarasan bagi anggota serta pegawainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi ATM di Bandar Tentera Darat di sini hari ini.

Menerusi pengelarasan gaji polis, seramai 98,747 anggota dan pegawai polis akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pernah menghantar cadangan bagi kenaikan dan penyelarasan gaji anggota dan pegawai tentera kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Bila waktu yang sesuai, kita akan kemukakan semula kertas cadangan berkenaan dan tentulah bila ekonomi negara sudah pulih dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, kita boleh memperolehinya,” katanya.

Mengenai perkembangan kes kemalangan pesawat Pilatus PC-7 MK 11 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di Sintok kelmarin semasa latihan dan mengorbankan juruterbangnya, beliau menafikan andaian bahawa kemalangan berpunca daripada masalah penyelenggaraan pesawat.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails