Tuesday, March 23, 2010

Ambik kat hang Zahrain!!

Saya nasihatkan Umno jangan ambil orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia semasa dalam KEADILAN dia juga boleh gigit ketua kita. Kalau dia masuk Umno mungkin ada orang Umno yang keluar parti. Adakah beliau terima apa-apa imbuhan untuk melompat?

Ha.. Ha.. Ha.. ambik kat hang Zahrain..


"Najib, Tolong Jangan Ambil Zahrain Masuk Umno", Ghafur

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh membidas keras tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang menamakan beliau antara lapan anggota Dewan Rakyat yang bercadang melompat parti berhubung dakwaan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 sambil mendesak Umno jangan menerima beliau sebagai ahli.

"Kalau mahu tubuh kerajaan pusat Pakatan Rakyat mesti ada sekurang-kurangnya 30 Ahli parlimen yang lompat. Kenapa Bayan Baru memilih-milih dan sebut lapan nama sahaja? Apa sebab dia sebut nama saya? Saya tak pernah terumpan, tak pernah terpujuk dan tak penah pun ke Taiwan. Senarai anggota yang pergi ke Taiwan pun sudah diketahu kenapa dia tak sebut itu? Ini kenyataan orang tak ke sekolah," tegas Ghafur dalam nada marah.

Sambil mendesak supaya Datuk Seri Zahrain Hashim menarik balik kenyataan beliau dalam dewan baru-baru ini serta menuntut maaf kepada beliau, Ghafur berkata beliau tetap setia dengan Barisan Nasional.

"Semasa saya bertanding di bawah Berjaya, PBS mahu beli saya tapi saya tak mau. Kalau saya mahu keluar parti kerana saya tidak lagi percaya kepada pucuk pimpinan parti bukan di beli," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong.

Walaupun beberapa kali Zahrain meminta laluan untuk memberi penjelasan Ghafur bertegas untuk tidak memberi peluang kepada beliau.

Ghafur juga mempertikaikan mengapa Zahrain tidak melompat dua tahun dahulu ketika berada dalam KEADILAN dan hanya berbuat demikian sekarang.

"Saya nasihatkan Umno jangan ambil orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia semasa dalam KEADILAN dia juga boleh gigit ketua kita. Kalau dia masuk Umno mungkin ada orang Umno yang keluar parti. Adakah beliau terima apa-apa imbuhan untuk melompat?

"Mungkin sekarang kocek pun sudah penuh bila lompat parti. Mungkin sekarang dia sudah gemuk sikit, sudah kenyang, mahu bersuara sikit. Saya mahu dia minta maaf sama saya kerana apa yang dia cakap satu pembohongan," kata beliau lagi.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails