Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, March 1, 2010

74% Masih yakin dengan PKR.

Mula-mula Fairus Khairuddin, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengisytiharkan dirinya keluar PKR kelmarin. Hari ini dua orang kuat PKR, Datuk Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Agungnya dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengikut jejak Fairus keluar PKR.

Tiga pemimpin keluar PKR dalam masa dua hari membuatkan Umno-BN ketawa besar. Lalu keluarlah komen-komen daripada pemimpin-pemimpin Umno bahawa lebih ramai pemimpin kanan PKR akan keluar parti selepas ini. Mungkin lepas ini Zulkifli Nordin, Syed Hussain Ali, malah Wan Azizah dan Anwar pun akan keluar parti juga?

Tapi ketawa besar Umno-BN tidak sama dengan ketawa rakyat. NTV7 lantas membuat kajian dalam siaran berita 1.00 tengahari tadi bagi mengetahui pandangan orang ramai. Soalannya ialah "Lebih ramai pemimpin kanan PKR akan keluar parti selepas ini?"

Malangnya suara hati rakyat tidak sama dengan andaian Umno-BN, Kajian NTV7 menunjukkan 74% penonton tidak percaya lebih ramai pemimpin PKR yang akan keluar PKR lepas ini. Hanya 26% saja yang percaya lebih ramai pemimpin PKR yang akan keluar parti selepas ini.

Sebenarnya pemimpin keluar seramai manapun tidaklah penting untuk memusnahkan survival sesuatu parti. Yang menentukan undi ialah rakyat yang mengundi. Jika kajian NTV7 mencerminkan suara hati nurani rakyat, nampaknya majoriti mereka masih yakin kepada perjuangan PKR. Keluarlah seramai manapun pemimpin PKR, ia akan menambah rasa simpati rakyat kepada parti itu.


~pendikar gunung keriang

1 comments:

Anonymous said...

I agreed . rakyat votes that count

Archive

Related Posts with Thumbnails