g

Tuesday, March 2, 2010

6 JAHANAM Pulau Pinang.. Bersedialah!

Dalam isu Fairus ini aku rasa tersepit sebenarnya.. tersepit diantara dua pihak yang kini bermusuh..

Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengatakan kemasukkan Fairus Khairuddin kedalam UMNO bukanlah satu hal yang besar bagi PKR, ini kerana Fairus sekarang ialah sekadar Ahli Biasa didalam PKR.

Malangnya Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya yang kelihatan sedikit emotional, telah menyatakan sesuatu bagi menggambarkan bahawa Fairus itu satu liabiliti kepada PKR.

Kerana emotional Syed Husin Ali telah mendedahkan sesuatu yang tidak patut didedahkan, yang secara tidak disedarinya telah membuka pekung didada dan membuka mata pihak tertentu untuk menjalankan siasatan. Melainkan jika perasaan belas kasihan itu tidak dianggap satu kesalahan..

Walaupun diserang oleh PKR Fairus tetap menyatakan “Sebenarnya sebagaimana saya katakan semalam, ada pihak dalam PKR sendiri yang menekan saya supaya meletakkan jawatan, saya keluar dengan baik dan demi kestabilan parti,”

Jadi buat pihak dalam PKR yang telah menekan supaya Fairus meletakkan jawatan bersedialah!!!

Dan tidak lupa juga kepada pihak yang telah berusaha menjatuhkan Fairus selama dia menjadi TKM1 bersedialah!!


Fairus nafi tuntut ‘pampasan’ syarat lepaskan jawatan

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin berkata, beliau tidak pernah menuntut diberi ‘pampasan’ lima angka setiap bulan sebagai syarat meletakkan jawatan itu dan sebagai Adun Penanti tahun lalu.

Fairus yang semalam keluar PKR untuk menyertai Umno mendakwa apa yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali pagi tadi sebagai fitnah dan kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

“Apa yang dikatakan oleh PKR adalah kenyataan politik kebudak-budakkan, saya tidak mahu melayan mereka... mereka tiada modal untuk berpolitik. Jadi mereka mengatakan saya meminta supaya diberikan bayaran setiap bulan.

“Saya sebenarnya sudah menjangkakan mereka akan bercakap macam ini,” kata Fairus ketika dihubungi The Malaysia Insider hari ini.

Mengulas pendirian Fairus keluar PKR untuk menyertai Umno, Syed Husin berkata sejak Fairus menyertai kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan satu liabiliti.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Syed Husin berkata, apabila berhenti Fairus menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

“Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu. Lagipun parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000,” kata Syed Husin lagi.

Katanya beliau tidak berpuas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan PKR.

“Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

“Fairuz memberikan alasan kaum dan agama (untuk keluar) kerana tindakannya sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar,” katanya.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan terhadap PKR dan Syed Husin, Fairus berkata beliau tidak akan memikirkan perkara itu kerana ada agenda yang lebih besar untuk dilaksanakan selepas menyertai Umno.

“Sebenarnya sebagaimana saya katakan semalam, ada pihak dalam PKR sendiri yang menekan saya supaya meletakkan jawatan, saya keluar dengan baik dan demi kestabilan parti,” katanya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails