Tuesday, March 2, 2010

6 JAHANAM Penang ! Fairus dah panas ni... jaga-jaga!

Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan kata Fairus..

Pada pendapat aku.. Fairus wajar mendedahkan kepincangan yang ada didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, agar kerajaan negeri sekarang boleh meningkatkan lagi prestasi mereka ketahap yang jauh lebih baik.


Fairus juga wajar mendedahkan kisah kumpulan 6 JAHANAM yang dikatakan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkannya semasa dia menjadi TKM1 Pulau Pinang..

Aku juga yakin kalau Fairus mendedahkan kepincangan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, yang tersingkir adalah manusia-manusia HIPOKRIT yang bersama PKR Pulau Pinang kini..

Aku yakin dengan pendedahannya.. Pakatan Rakyat Pulau Pinang pasti akan menjadi lebih bersih dari manusia-manusia HIPOKRIT yang masih berlakon sebagai pejuang Rakyat, padahal dalam masa yang sama sibuk memperjuangkan kepentingan untuk diri sendiri.

Kalau bukan memperjuangkan kepentingan perut sendiri kenapa perlu melobi hingga menyebabkan Ustaz Salleh Man tertanya-tanya "kenapa depa ni mau sangat jawatan dalam MAIPP ni?"

Kalau bukan memperjuangkan kepentingan perut sendiri kenapa perlu memegang begitu banyak portfolio dalam Kerajaan Negeri?





Henti serangan peribadi atau saya dedah kepincangan – Fairus

02/03/2010 12:59pm

KUALA LUMPUR 2 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin memberi amaran kepada parti pembangkang agar berhenti menyerang peribadinya.

Katanya, jika serangan seperti itu terus dilakukan, beliau tekad akan mendedahkan satu persatu kepincangan serta kelemahan dalam pembangkang terutama di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan,” tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Fairus menerima sijil keahlian UMNO daripada Setiausaha kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.

Fairus yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti mengumumkan menyertai UMNO ketika menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Seni Silat Gayong Malaysia yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu atas alasan untuk melanjutkan pelajaran.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails