Wednesday, March 3, 2010

2 Orang ni Ada Potensi, tapi bila nak keluar PKR?

HARI ini ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzi Samuri telah mengistyharkan diri keluar dari PKR dalam satu kenyataan di Ampang Selangor. Pengistiharan yang didampingi bekas Setiausaha Agung PKR Sallehudin Hashim itu menamat teka teki sepanjang hari ini yang berhubung desas desus beberapa orang ahli parlimen PKR akan bertindak keluar parti ramai-ramai.



Kemungkinan angka yang disebut Sallehudin Hashim kononya 10 ahli Parlimen PKR akan keluar parti tidak mencapai sasarannya. Hari ini juga 12 ahli Parlimen PKR telah menanda tangani satu ikrar menyatakan sokongan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Mereka yang hadir di pejabat PKR di Petaling Jaya untuk menyatakan pendirian itu ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

G Gobalakrihsnan (Padang Serai) juga turut menandatangani ikrar taat setiap berkenaan tetapi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Sebelum ini Azan Ismail dan Loh Wwo Burne adalah antara ahli parlimen yang dikatakan berada dalam pakej 10 ahli parlimen yang akan meninggalkan PKR. Dengan kehadirian mereka ini sangkaan itu meleset.

Dua orang ahli parlimen yang dimasukkan dalam pakej berkenaan, Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dan Zulkefli Nordin (Kulim - Bandar Baru) tidak hadir dan tidak juga menanda tangani ikrar berkenaan.

Ketidak hadiran Wee Choo Keong dan Zulkefli itu menguatkan spekulasi mengatakan mereka juga akan menuruti jejak tiga ahli parlimen yang telah mengistyharkan diri sebagai bebas, iaitu Zaharain Mohd Hasim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli (Bagan Serai).

Besar kemungkinan Wee dan Zulkefli Nordin akan mengistyhar secara berasingan dalam masa terdekat bertujuan untuk terus menggemparkan keadaan.

Sikap anih Zulkefli Nordin ke belakangan ini semacam sengaja mencari masalah dengan parti menguatkan tuduhan yang beliau juga tidak akan bersama PKR. Sementara Wee Choo Keong yang dikatakan mempunyai masalah peribadi turut mengambil sikap demikian. Beberapa minggu lalu Wee Choo Keong dikatakan dilihat berada di pejabat Perdana Menteri , Najib Razak di Putrajaaya.

Menurut sumber perjabat perdana menteri Wee Choo Keong datang ke pejabat Najib Razak kononya untuk selesai masalah dakwaan beliau yang mengatakan setiausaha politik Najib, Shafei Abdullah terlibat dengan rasuah.

Sebaliknya kunjungan muhibbah Wee Choo Keong itu dalam rangka perundingan politik yang ada kaitan dengan ketidakhadirannya dalam majlis lafaz ikrar bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim hari ini.


MSO

Sedikit tambahan..
Wee Choo Keong juga telah turut serta bersama Zahrain Ahli Parlimen Bebas yang Tidak Mesra BN (tak mesra kepala hotak dia), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak) dan Nazri Aziz ke seminar ‘Governance and Rule of Law’ di Washinton, US.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails