Tuesday, February 9, 2010

Zambry MB Perak yang SAH!!

Terjawab sudah akhirnya.. membuktikan bahawa Khabar angin itu hanyalah khabar angin yang bertiup entah dari mana mulanya..

Walaupun selama ini kita sedar bahawa adalah sesuatu yang tidak mungkin Mahkamah akan membuat keputusan menyebelahi kita..
Ciptalah beribu alasan untuk menggembirakan hati kita...

Terimalah walaupun pahit untuk ditelan..



MB Perak: Zambry dari BN sah, kekal

Oleh Debra Chong

PUTRAJAYA, Feb 9 — Penantian hampir setahun siapakah yang menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah terjawab pagi tadi apabila keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN).

Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang.

Zambry dilantik sebagai menteri besar selepas BN memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran sokongan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) keluar parti masing-masing akhir Januari 2009.



Susulan itu pada 13 Feb tahun lalu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei 2009, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah sah mengikut perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Arifin.

“Tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri yang memerlukan undi tidak percaya dijalankan di dalam Dewan Undangan Negeri. Dalam kes semasa, adalah tidak meragukan yang Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 anggota Dewan Undangan Negeri,” kata Hakim Arifin.

Pertikaian mengenai siapa antara Zambry dan Nizar adalah Menteri Besar yang sah timbul tahun lepas setelah BN mempunyai majoriti dalam dewan selepas dua anggota daripada PKR dan seorang daripada DAP meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional, dan seorang lagi daripada PKR yang menyertai parti itu daripada Umno, bertindak kembali kepada Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian menitahkan agar Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar, dan pada Februari melantik Zambary sebagai Menteri Besar setelah berpuas hati bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan.

Nizar, 53, yang enggan meletak jawatan, mengambil tindakan undang-undang pada 13 Feb dengan memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau adalah Menteri Besar yang sah, dan pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengembalikan jawatan itu kepada Nizar kerana mendapati bahawa BN tidak mengadakan undi tidak percaya terhadap Nizar dalam Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, ekoran rayuan Zambry, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails