Saturday, February 27, 2010

Zahrain Sudah Mesra Barisan Nasional kah?

Ketika mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 12 Feb. yang lalu, Dato Zahrain telah menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang berprinsip dan Tidak Mesra Barisan Nasional.

Dan hari ini Dato Zahrain Ahli Parlimen Bebas yang Tidak Mesra Barisan Nasional, telah menunjukkan sikap sebaliknya dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Barisan Nasional menghantar delegasi ke seminar ‘Kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang’ (Governance and Rule of Law) di Washinton, US yang dianjurkan oleh kumpulan Pelobi US iaitu Center for Strategic and International Studies (CSIS) dengan sokongan Duta Malaysia ke US, Jamaluddin Jarjis.

Katanya “Objektif utama delegasi adalah untuk menerangkan kepada mereka tentang perubahan dasar luar kerajaan Malaysia terhadap Amerika dan saya rasa YB Nazri dan Jamaluddin Jarjis telah melakukan kerja mereka dengan baik tidak seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Today”.

“Agenda utamanya ialah tentang isu perdagangan” tambah Zahrain..

Itu sebahagian dari kenyataan Dato Zahrain Ahli Parlimen Bebas yang Tidak Mesra BN yang telah bertukar menjadi Ahli Parlimen Bebas yang Mesra BN setelah kembali dari US bersama-sama dengan delegasi yang dihantar oleh Kerajaan Malaysia yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Turut bersama Zahrain ke seminar di Washington itu ialah Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak).

Agak mengelirukan, bagaimana Zahrain boleh berkata “Agenda utamanya ialah tentang isu perdagangan” sedangkan tajuk seminar yang diadakan itu adalah ‘Kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang’.

Dan tiga ahli Panel yang dijadualkan berucap ialah Menteri dijabatan Perdana Menteri Nazri Aziz, Peguam Negara Gani Patail, Bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, malangnya hanya Nazri Aziz yang berucap kerana dua orang lagi ahli panel telah tidak hadir ke seminar.

Sejak bila pula Nazri Aziz, Gani Patail dan Tun Abdul Hamid Mohamad telah mewakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)?

Jika Zahrain berkata “Agenda utamanya ialah tentang isu perdagangan” , apakah pula jenis perdagangan yang boleh dibawa pulang ke Malaysia oleh ketiga-tiga Ahli Panel diatas? Sedangkan seorang Ahli Panel ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang lagi Peguam Negara dan seorang lagi pula Bekas Ketua Hakim..

Kenapa kerajaan Malaysia tidak menghantar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Dato' Mustapha Mohamed sendiri ke Washington? Boleh jadi Mustapha Mohamed terlalu sibuk dengan isu Royalti Minyak Kelantan..

Sungguh mengelirukan…

Mungkin Dato Zahrain hanya ingin menunjukkan kemesraannya terhadap Kerajaan Barisan Nasional, sebab itu dia mempertahankan tindakan Kerajaan Barisan Nasional itu.

Atau mungkin juga Zahrain hanya mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional sebagai membalas budi Kerajaan Barisan Nasional yang telah membawanya melancong ke Washington?



KUALA LUMPUR, Feb 26 — Newly-independent MP Datuk Zahrain Hashim (picture) today backed the federal government which has come under attack over a recent seminar organised by a lobby group in Washington DC two days ago.

The federal lawmaker for Bayan Baru, who quit PKR earlier this month, was part of a Malaysian government delegation present in the US capital for a “Governance and Rule of Law” seminar organised by an American lobby group, the Center for Strategic and International Studies (CSIS) with the support of Malaysian Ambassador Datuk Jamaluddin Jarjis.

“The main aim of the delegation was to inform them about the shift in foreign policy of the Malaysian government towards the USA and I think YB Nazri and the ambassador JJ did a good job contrary to what was said in Malaysia Today,” Zahrain said, referring to an account of the seminar posted fugitive blogger Raja Petra Kamarudin’s Malaysia Today website.

“I bear witness. The main agenda was the trade issue,” the former PKR Penang chief told The Malaysian Insider today in a text message.

“Questions on Anwar trial, Allah issue and caning of three Muslim women were raised but the minister handled it well by emphasising on the rule of law, which I think was accepted by most of the audience,” added Zahrain, who said he was still in Washington DC.

A panel of three were billed to speak but only Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz showed up. Attorney General Tan Sri Abdul Gani Patail and former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad failed to make the event.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails