Wednesday, February 17, 2010

Zahrain! Kami lebih rela kehilangan Hang dari kehilangan Lim Guan Eng!

Alahai Dato Zahrain.. jangan ingat kami yang menyokong Dato selama ini kerana kami menyokong Dato Zahrain. Kami menyokong Dato kerana Dato mewakili PKR,jadi sebagai penyokong PKR kami menyokong Dato.

Mungkin Dato masih beranggapan yang kami ini mudah untuk diperbodohkan seperti ahli parti perkauman yang satu itu..

Dan Dato harus maklum yang kami ini bukanlah bodoh untuk membiarkan diri kami dipatuk oleh seekor ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali..

Masih segar dalam ingatan kami apa yang Dato kata ketika kes 2 ekor katak di Perak melompat ke bebas ,Dato telah mengecam tindakan mereka dengan mengatakan mereka adalah ahli politik yang tidak bermaruah dan berprinsip...

Sekarang apa yang diucapkan kepada katak 2 ekor itu telah dilakukan oleh Dato sendiri. Dato telah mengkianati pengundi-pengundi yang telah mengundi Dato serta rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus untuk memenangkan Dato ketika PRU-12 yang sudah...

Kami lebih rela kehilangan Dato yang dianggap sebagai Biawak Hidup oleh Pak Mus dan pengkhianat kepada pengundi Bayan Baru dari kehilangan Lim Guan Eng yang lebih rela kehilangan seorang kawan dari kehilangan sokongan Rakyat!


Zahrain sedia kembali PKR jika Lim bukan lagi ketua menteri

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Datuk Seri Zahrain Hashim (gambar) yang memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu bersedia kembali ke pangkuan parti itu dengan syarat Lim Guan Eng bukan lagi mengetuai Pulau Pinang sebagai ketua menterinya.

“Tengok dulu, kalau Guan Eng tidak lagi pegang jawatan ketua menteri, saya mungkin boleh balik (kembali ke pangkuan PKR),” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu kata bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, beliau tiada cadangan untuk kembali menyertai Umno, parti yang beliau anggotai sehingga 1998.

“Buat masa ini saya tidak berhasrat masuk (semula) Umno. Saya pun tidak akan sertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional,” kata beliau ketika ditanya desas-desus kemungkinan akan “merujuk semula” PKR jika keadaan kembali tenang kelak.

Ada yang pernah mengatakan Zahrain kemungkinan menyertai Parti Cinta Malaysia.

Desas-desus itu juga menyebut beliau memutuskan untuk keluar PKR kerana mahu mengelak tindakan lembaga disiplin.

Bagaimanapun Zahrain menegaskan beliau bertindak demikian kerana kecewa dengan kepimpinan Lim dan PKR.

Zahrain dirujuk kepada lembaga disiplin kerana mengkritik secara terbuka kepimpinan Lim selaku ketua menteri.

Zahrain juga memberitahu, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin minggu lalu tetapi ia sudah tidak relevan kerana telah pun keluar PKR berkuat kuasa Jumaat lalu.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan PKR ada mendampinginya supaya mengkaji semula keputusan beliau, Zahrain berkata, “tidak ada, tidak ada sesiapa pun menghubungi saya setakat ini.”

Mengenai cabaran agar mengosongkan kerusi jika mendakwa kecewa dengan perjuangan parti dan pucuk kepimpinan, Zahrain sekali lagi berkata, beliau sanggup berbuat demikian jika Lim bersedia melepaskan kedudukannya sebagai ketua menteri.

“Saya sedia untuk mengosongkan kerusi saya sebagai Ahli Parlimen jika Guan Eng lepaskan jawatan beliau sebagai ketua menteri. Kalau Guan Eng bersetuju saya boleh melepaskan kerusi Bayan Baru bila-bila masa,” katanya.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mencabar kesemua lima wakil rakyat termasuk Zahrain agar memberi kembali ruang kepada rakyat untuk memilih wakil yang dirasakan sesuai menerusi pilihan raya kecil.

Selain Zahrain iaitu satu-satunya Ahli Parlimen, empat Adun PKR yang telah keluar parti dengan mengisytiharkan diri mereka anggota Bebas ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang) dan Mohd Radzhi Salleh (Lunas).

Zahrain mengumumkan keluar PKR berkuat kuasa Jumaat lalu kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis



The Malaysian Insider

Dan Terima Kasih kepada Zul Mamak atas info yang berguna..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails