Sunday, February 14, 2010

Zahrain cuba memalukan PKR sebelum dimalukan oleh PKR ?

Umum tahu Dato Zahrain ataupun Biawak hidup yang ditanggung oleh PKR Pulau Pinang sebagaimana yang dikatakan oleh Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff atau Pak Mus telah mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas.

Alasannya ialah kesal dengan kepemimpinan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan sengketa dimulakan oleh beliau dengan menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beberapa minggu yang lalu Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Zahrain begitu memarahi Lim Guan Eng hingga beliau mengeluarkan perkataan yang biasa digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyerang DAP.

Rupa-rupanya hanyalah kerana Lim Guan Eng pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

Hanya kerana Lim Guan Eng menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club, Zahrain telah menuduhnya sebagai Diktator, Cauvinis dan berfikiran komunis.

Diktatorkah Guan Eng bila melantik Zahrain sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP) atas permintaan Zahrain sendiri? Zahrain dilantik sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd kerana bagi Guan Eng, Zahrain lebih berpengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan Golf.

Untuk menyakinkan lagi penyokong-penyokong PKR dan PR umumnya tentang dakwaan beliau yang Lim Guan Eng itu seorang Diktator, Zahrain telah mengatakan kepada sebuah akhbar bahawa beliau telah dipecat oleh Guan Eng sebagai pengerusi Island Golf Properties Bhd kerana telah melakukan kritikan terbuka ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu.

Sedangkan tiada surat dikeluarkan oleh sama ada PDC atau Island Golf Properties Bhd (IGP) kepada mana-mana pengarah mengenai sebarang perubahan dalam kedudukan IGP.

Cubaan Zahrain gagal apabila dalam masa kurang dari 24 jam Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan tiada sebarang perubahan dalam kedudukan IGP yang bermakna Zahrain masih kekal disitu tidak dipecat.

Tindakan menyerang Guan Eng itu telah menyebabkan Zahrain diminta mempertahankan tuduhannya itu di depan Lembaga Displin PKR.

Beliau dirujuk kepada lembaga itu kerana dilihat mencabuli prinsip Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan sebarang perbedaan pendapat melalui saluran dalaman gagasan itu.

Namun Zahrain tidak bertindak begitu dan apabila dipanggil oleh PKR untuk menjelaskan kritikannya terhadap Guan Eng, beliau bertindak keluar parti dan mengisytiharkankan dirinya ahli parlimen bebas.

Jika beliau tidak bertindak keluar parti besar kemungkinan beliau akan dipecat daripada parti sekiranya didapati bersalah. Ini kerana surat tunjuk sebab telah dihantar kepadanya pada 8 Februari 2010 meminta beliau menjawab sebelum atau pada 12 Februari 2010.

Jadi Dato Zahrain telah memilih untuk memalukan PKR daripada dimalukan oleh PKR.

Apa pun, Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.

Waktu itu, kenalan Anwar berduyun-duyun menghampirinya di samping melobi untuk menghulurkan tangan membantu memperkasakan perjuangan sedangkan pada awalnya golongan terbabit tidak nampak muka.

Zahrain adalah bekas ahli Umno dan sering dipalit dengan tuduhan sengaja menimbulkan provokasi di Pulau Pinang untuk memberi kelebihan kepada Umno-Barisan Nasional di negeri itu.

Itu adalah kisah Dato Zahrain ataupun Biawak hidup yang ditanggung oleh PKR Pulau Pinang dan bagaimana pula dengan Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR YB Zulkifli Nordin dan YB Tan Tee Beng yang dihadapkan ke Lembaga Displin PKR.

Mereka juga telah mencabuli prinsip Pakatan Rakyat dengan tidak menyelesaikan sebarang perbedaan pendapat melalui saluran dalaman gagasan itu. Mereka juga telah menggunakan Media yang sepatutnya diboikot oleh Pakatan Rakyat.

Adakah mereka juga akan mengambil jalan memalukan PKR sebelum dimalukan oleh PKR? Sama-samalah kita nantikan..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails