Tuesday, February 16, 2010

Yusmadi: Media Cuba Porak-Perandakan KEADILAN

Oleh Qayum Rahman

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menegaskan media masa cuba mengeluarkan kenyataan negatif terhadap beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang dikatakan akan meletak jawatan tetapi hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan kenyataan.

"Saya tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan tetapi media sudah bersedia memusingkan kenyataan saya supaya berita yang disampaikan mendapat perhatian pembaca.

"Belum ada keputusan dari Ahli Parlimen lain untuk keluar parti tetapi media pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah perkara tersebut telah berlaku," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Yusmadi menyatakan tindakan media cuba memporak-perandakan KEADILAN adalah perkara biasa yang sentiasa berlaku kerana kebanyakan media sentiasa mengapi-apikan Ahli Parlimen dalam satu parti agar tercetus perselisihan faham yang berlarutan.

"Apabila Ahli Parlimen mengambil serius kenyataan media yang dikeluarkan menyentuh isu berkaitan sesama parti, perkara tersebut menimbulkan perbalahan yang tidak sepatutnya berlaku dan perkara itu perlu diselesaikan segera tanpa mengambil keputusan yang boleh menjejaskan parti.

Yusmadi berharap masyarakat dapat menilai pentadbiran Pakatan Rakyat yang telah banyak melakukan perubahan demi rakyat serta mencari jalan untuk perubahan ekonomi dan masa depan.

"Janganlah kita memberi tanggapan buruk terhadap KEADILAN yang sentiasa inginkan pembaharuan dan kita perlu ada kerjasama dari setiap golongan dalam parti mahupun luaran bagi memajukan parti supaya lebih progresif dan maju.

"Kenyataan media menyatakan lima Ahli Parlimen KEADILAN termasuk Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) serta Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya) termasuk saya akan mengikut jejak Zahrain adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan KEADILAN dan dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali," tegasnya.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails