Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, February 15, 2010

Yang ditangkap itu Hasbie Satar, S/U Nor Mohamed Yakcob.

Ini merupakan Setiausaha ke Dua Mohd Nor Yakcob yang ditahan SPRM (Seteru Pakatan Rakyat Malaysia) berhubung kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa selepas Dato Norza Zakaria.

S Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Menurut sumber terdekat SPRM, Hasbie masih ditahan untuk siasatan lanjut namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah diambil keterangan atau pun tidak.

Hasbie yang bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkhidmat untuk Nor Yakcob sejak April tahun lalu semasa menteri tersebut memegang portfolio Menteri Kewangan Kedua di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit,” kata sumber itu kepada mStar Online di sini hari ini.

Sebelum ini, The Star melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang setiausaha politik kepada menteri kanan yang didakwa memiliki kekayaan dalam masa yang singkat.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik Hasbie serta akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, SPRM turut menyita empat buah kereta mewah dan empat buah rumah mewah yang dipercayai kepunyaannya yang berusia lewat 30-an. Semua harta tersebut dipercayai terletak di kawasan Lembah Kelang.

Sumber memberitahu, siasatan sebelum ini turut mendedahkan bahawa beberapa aset miliknya telah dibeli menggunakan nama pihak lain, dipercayai menjadi proksinya.

Tambahnya, pemilik berdaftar kepada aset tersebut akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull untuk mendapatkan pengesahan mengenai kes tersebut sehingga kini gagal.

mStar

1 comments:

Anonymous said...

itu belum jd menteri lg sbb itu anak2 pak menteri dan kroni2 nya hidup dlm kemewahan sbb duit senang dpt..tp kita tenguk lah mcm mana kes ni nanti akan makan masa berthn2 tp jika rakyat biasa kejap aje dah kena dakwa krn xde tgn2 ghaib yg melambai2...he..he..

Archive

Related Posts with Thumbnails