Saturday, February 20, 2010

UMNO Juara Rakyat di Permatang Pauh diprotes..

Program Juara Rakyat atau Program Juara Budak Sekolah ni??

PERMATANG PAUH- Program Umno Juara Rakyat akan di adakan di Sekolah kebangsaan Bukit Indera Muda pada 21 Feb ini (esok) .Sebelum itu seramai 50 anak qariah kampung telah mengadakan demontrasi aman di hadapan sekolah berkenaan pada Jumaat baru-baru ini yang di ketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh.

Dalam masa yang sama juga kumpulan demontrasi tersebut telah menyampaikan bantahan kepada guru besar sekolah berkenaan dan laporan polis yang di buat berhubung dengan pengunaan bangunan milik kerajaan untuk program politik sebuah parti politik.

Menurut ketua Umno bahagian Permatang Pauh,Dato Jalil, "Umno tidak mengunakan sekolah sebagai tempat kempen politik tetapi mengunakan tempat itu untuk membantu rakyat.Kita tidak pula membantah apabila selama 7 hari 7 malam PAS dan PR mengunakan tapak Expo " demikian jelas beliau kepada akhbar Sinar Harian edisi utara 20hb.

"Masaalah nya ialah tapak expo pun masih boleh di gunakan oleh Umno jika mereka mahu menyewanya selama 30 hari atau 30 malam,Cuma apa yang hendak di gambarkan ialah bantuan dan kedatangan murid sekolah nampak seolah-olah ramai yang menyokong Umno." demikain ujar salah seorang penduduk yang hadir.

Namun di sedari sejak pilihanraya lalu, hanya itu sahaja yang menyokong Umno.maknanya Jika kemenangan calon Pas Permatang Pasir dengan majoroti 5 ribu, maka 5 ribu iatulah penyokong Umno di Permatang Pauh kerana Umno gagal untuk menarik sokongan golongan muda selain hanya memainkan retorik membantu Melayu.

Esok dijangkakan akan ramai yang turun di jalanraya berhadapan sekolah berkenaan sebagai langkah untuk menentang pengunaan sekolah untuk program politik."Bulan lepas Umno cuba meraikan murid yang cemerlang dalam UPSR dengan memberi bantuan sebanyak RM40 bagi setiap murid yang terpaksa berpanas dan juga makan nasi bungkus.

Inilah program membantu anak melayu dengan baucer RM 40 dan makan nasi bungkus tetapi ibubapa berdiri 2 jam. Kini mereka mengunakan pula sekolah untuk tujuan kempen politik.". demikian jelas salah seorang penduduk yang hadir bagi menerima bantuan berkenaan.


WRLR

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails