Friday, February 5, 2010

TANPA ANWAR, PKR DAN PAKATAN TETAP DIHATI RAKYAT

Hari ini UMNO punya sebaran Am yang meluas berkuasa mengaibkan sesiapa yang mereka suka, hari esok Anwar Ibrahim punya rakyat yang bersimpati dengan hala tuju perjuangannya untuk membebasankan rakyat dari belenggu kezaliman.

Semua orang tahu senario politik UMNO untuk membawa Anwar Ibrahim kepenjara dengan seribu satu cara. Tapi ingat, tanpa Anwar Ibrahim PKR dan Pakatan Rakyat akan terus hidup dalam dokongan rakyat jelata Malaysia.


TANPA ANWAR, PKR DAN PAKATAN TETAP DIHATI RAKYAT

Dari Kacamata Halik Zaman:

Hari ini TV3 dan setiap agent 'media elektronik dan cetak' berlumba-lumba mengampu Kerajaan dengan menyiarkan pelbagai berita sensasi. Bermula dari liputan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggalah membawa kepada komentar-komentar hentaman dari YB Nibong Tebal yang menurut 'jejak bertapak' Dato' Zahrain.

Pihak media elektronik dan 'TV3 kaki ampu' benar-benar memainkan peranan mereka dalam memastikan 'mission impossible UMNO' berjalan seperti apa yang dirancangkan. Liputan perjalanan perbicaraan Dato' Seri Anwar hari ini, Saiful a.k.a budak suruhan itu di berikan 'penghormatan' di mana segala jawapan dari Saiful di 'highlight'kan dengan tujuan untuk demoralized Dato' Seri Anwar dimata orang Islam. Persis irama dan lagu lagu sumbang arahan Mahathir dulu.

Kenyataan Saiful cukup memualkan. Bagi yang tidak mengenali Dato' Seri Anwar secara peribadi, mungkin akan 'termakan' dengan propaganda 'budak suruhan' itu. Tetapi tidak bagi 'keluarga kami' yang mengenali Dato' Seri Anwar secara peribadi. Segala pertuduhan 'budak suruhan' itu sememangnya tidak logik. Apakah 'budak suruhan' itu sudah lupa dosa dan pahala sehinggakan tergamak memberikan keaiban kepada insan lain ?

Walau kita semua maklum banyak perkara-perkara yang tidak berlaku adil dalam kes perrbicaraan Dato' Seri Anwar ini. Penafian akses kepada bukti-bukti juga amat mendukacitakan. Benar-benar UMNO ingin melihat Dato' Seri Anwar hancur pengaruhnya. Bermakna, takut betul UMNO dengan Dato' Seri Anwar. Kalau tak takut, kenapa dia teraniaya sebegitu rupa ?

Tapi apa nak dikata bila 'gemerlapan RM' terhidang di depan mata, manusia bisa hilang pertimbangan dan kewarasan fikiran. Maka terjadilah apa yang telah terjadi.

Berita sensasi di susuli pula dengan kenyataan YB Nibong Tebal yang menurut langkah Dato' Zahrain Hashim yang ibarat Hang Jebat. Mengapa dan kenapa hal-hal dalaman Pakatan Rakyat mesti di rujuk kepada media massa yang hanya 'terlangap dahagakan' publisiti sensasi dari Pakatan Rakyat ? Apakah tiada jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman seperti ini ?

Kita mengalu-alukan kenyataan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution yang menyatakan PKR akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli yang melanggar etika displin parti tanpa mengira pangkat, status dan kedudukan.

Seperti kenyataan YB Mansor Othman, kita tidak memerlukan insan-insan yang mengkhianati PKR dan Pakatan Rakyat untuk terus berteduh dalam payung PKR mahupun Pakatan Rakyat. Hari ini kita minta barisan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk lebih berhati-hati dalam menilai hati dan budi seseorang pemimpin sebelum mengangkat mereka ke kedudukan yang lebih baik.

Kita khuatir setelah mereka 'didudukkan' di tempat yang selesa, mereka akan 'demand' untuk yang lebih baik dan akhirnya terjadilah seperti sekarang ini, kritikan kepada masalah dalaman parti tidak lagi melalui saluran yang sebenar, sebaliknya mereka 'mengadu' kepada media massa yang menjadi 'agent' UMNO.

Kepada pengelola setiap media elektronik dan cetak, sekiranya kamu mengandaikan segala liputan/laporan yang kamu lakukan dengan harapan untuk mengurangkan pengaruh rakyat terhadap Pakatan Rakyat, anda silap, sebab semakin Pakatan Rakyat di gembar-gemburkan akan musnah, sebaliknya rakyat semakin bersimpati dengan nasib pemimpin Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa tohmahan/fitnah UMNO dan BN.

Hari ini UMNO punya sebaran Am yang meluas berkuasa mengaibkan sesiapa yang mereka suka, hari esok Anwar Ibrahim punya rakyat yang bersimpati dengan hala tuju perjuangannya untuk membebasankan rakyat dari belenggu kezaliman. Semua orang tahu senario politik UMNO untuk membawa Anwar Ibrahim kepenjara dengan seribu satu cara. Tapi ingat, tanpa Anwar Ibrahim PKR dan Pakatan Rakyat akan terus hidup dalam dokongan rakyat jelata Malaysia.

Kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat bukan terletak dibahu Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat akan terus perjuang untuk rakyat Malaysia yang sudah tidak tertanggung bebanan kos hidup rakyat yang kian hari kian mencekik leher rakyat. Tanpa Anwar menyedarkan, rakyat sudah sedar kepincangan para pemimpin UMNO. Ingat ! PRU13 kini diambang pintu!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails