Monday, February 22, 2010

Tangisan Pilu Rakyat Sabah mengenang nasib Anwar.

"Hati ini dihiris luka pedih dan parah, bila keluarga kami diaibkan, bila suami saya seorang Islam yang tahu hukum-hakam Islam yang tahu halal dan haramnya, dia dihina diabkan, muka suami saya diconteng najis lantaran sebuah kuasa politik "kill or to be killed". Kalau BN itu kuat, kenapa suami saya dijadikan mangsa rakus politik fitnah mereka? Kenapa kita tidak jumpa dimedan politik sahaja? Kenapa main kotor?," ucap Wan Azizah yang tersenyum tetapi jelas air mata jernih jatuh menitik satu demi satu.


Tangisan Pilu Rakyat Sabah Buat Anwar

Oleh : HALIK ZAMAN


MAJLIS bertemu rakyat bersama Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail di Star City Convention Center, Kota Kinabalu pada 21 Februari 2010, berjalan dengan begitu sempurna. Majlis berkenaan anjuran bersama AMK Negeri dan Wanita Negeri Berjaya menghimpunkan seramai 700 orang ahli PKR dan UMNO di Sabah.

Ada yang sanggup datang dari Semporna, Lahad Datu semata-mata ingin bersua muka dengan wanita Srikandi PKR, YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Turut berucap mewarnai majlis petang itu ialah ucapan dari William Leong, Bendahari Agung PKR. Di awal ucapan beliau menarik perhatian dengan ungkapan ‘Bismillah’nya.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyentuh sedikit tentang pentingnya penjelasan menyeluruh ke seluruh akar umbi tentang perjalanan kes fitnah liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

William Leong juga menyatakan, sebagai rakyat Malaysia, kita harus bijak mengimbangi sesuatu maklumat yang diterima kerana ada pihak tertentu ingin benar melihat Anwar Ibrahim ‘jatuh dan tak bangun-bangun lagi.’

Turut berucap ialah Puan Faekah Hussin seorang peguam dan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR. Puan Faekah telah memperjelaskan dengan sejelasnya duduk perkara kes fitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada hadirin.

Beliau juga telah menyentuh, bagaimana perjalanan perbicaraan yang agak ‘senget’ sebelah dan beberapa kenyataan Saiful yang tidak berasas dan logic. Beliau juga membicarakan tentang konsipirasi yang ingin melihat kejatuhan Anwar dan perpecahan perpaduan diantara pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Di akhir ucapan beliau, beliau menyeru ahli-ahli PKR untuk bersatu hati dan tidak mempercayai dakyah-dakyah ciptaan BN yang hanya mempunyai satu matlamat yakni menjatuhkan Anwar sekaligus mencerai-beraikan ikatan erat kita dikalangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.



Mengakhiri siri ucapan pada petang itu adalah ucapan dari Presiden PKR. Beliau menyatakan sebagai insan biasa, sedikit sebanyak apa yang diperlakukan kepada suaminya, Anwar Ibrahim terusik juga emosinya, di mana menurut beliau, kehidupan mereka sekeluarga banyak dihabiskan di penjara dan mahkahmah.

"Sebagai isteri, sebagai anak-anak dan sebagai bapa anak anak, kami begitu diaibkan di mata masyarakat, mereka sanggup menabur fitnah demi sebuah kuasa politik, kerana suami saya dianggap oleh para pemimpin UMNO insan yang boleh menggugat kedudukan mereka yang penuh kemewahan maka suami saya mereka jadikan 'kambing hitam' demi mengekalkan sebuah kuasa politik UMNO yang rakus," jelas Wan Azizah dengan penuh emosi kesayuan dan kesyahduan.



Dewan sunyi senyap. Sekali sekala terdengar esakan dari wanita-wanita yang hadir tidak dikenali. Orang ramai bertambah hiba. Suasana dilanda rintihan pilu bagai sembilu menusuk di lubuk setiap hati yang memerhatikannya. Kedengaran juga tangisan seorang ibu tua seolah-olah terasa keibuan wanitanya dipersendakan oleh para pemimpin UMNO.

"Hati ini dihiris luka pedih dan parah, bila keluarga kami diaibkan, bila suami saya seorang Islam yang tahu hukum-hakam Islam yang tahu halal dan haramnya, dia dihina diabkan, muka suami saya diconteng najis lantaran sebuah kuasa politik "kill or to be killed". Kalau BN itu kuat, kenapa suami saya dijadikan mangsa rakus politik fitnah mereka? Kenapa kita tidak jumpa dimedan politik sahaja? Kenapa main kotor?," ucap Wan Azizah yang tersenyum tetapi jelas air mata jernih jatuh bertitik satu demi satu.

Namun demi PKR dan keluarganya, beliau bangkit dari segala kelemahan dan berjaya mengharungi segala dugaan yang mendatang. Oleh yang demikian, beliau ingin ahli-ahli PKR juga harus lebih kuat dan bekerja keras demi memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

Dato’ Presiden juga menyentuh isu-isu kalimah Allah, isu-isu kepala khinzir. Dato’ Presiden juga menyatakan terdapat pelbagai keraguan dalam isu kepala khinzir yang di letakkan di perkarangan masjid.

Menurut beliau, seandainya perkara ini di lakukan oleh orang bukan Islam, mengapa dan kenapa kepala khinzir berkenaan dibalut dengan rapi dan diikat dengan plastik dan kayu?

Ini bermakna kerja-kerja ini di lakukan oleh sekumpulan ‘misi rahsia’ yang tentunya orang Melayu sebab sudah pastilah ‘orang suruhan’ itu tidak mahu terpegang kepala khinzir berkenaan makanya kepala itu di ikat dan di bungkus dengan rapi.

Di akhir ucapan beliau, beliau meminta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PKR akan bekerja lebih kuat lagi demi menghadapi PRU yang akan datang.


Sabahkini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails