Sunday, February 28, 2010

Takkan Uniform Tentera pun kena jual kot?

Kenapa banyak sangat isu berkaitan dengan Kementerian Pertahanan ni.. Enjin Jet hilang, Kapal Selam tak boleh menyelam, maklumat pertahanan negara dikatakan dijual keluar negara, masaalah di landasan terbang Gong Kedak dan yang ni yang terbaru..

Yang menariknya isu-isu itu seolah-olah telah dijadualkan untuk didedahkan, boleh kata setiap bulan pasti ada satu isu yang melibatkan kementerian Pertahanan, lebih menarik lagi kebanyakkan dari Isu telah berlaku semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan dulu..


Angkatan Tentera kita mungkin tidak terlibat dalam aktiviti pengganas itu.. tapi bolehkah Zahid Hamidi tolong jelaskan kenapa beberapa pasang pakaian seragam yang mirip kepada pakaian tentera Malaysia boleh berada di sana?

Kalau tak silap aku.. suatu masa dulu orang awam dilarang dari menggunakan atau memakai pakaian Tentera atau pakaian yang menyerupai pakaian Tentera ni..


Takkan uniform tentera pun kena jual kot??


ATM nafi terbabit dengan aktiviti pengganas di Acheh

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal laporan mendakwa tentera Malaysia terlibat dalam aktiviti pengganas di Aceh baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau akan meminta polis Indonesia menyiasat perkara itu secara menyeluruh.

Beliau berkata, Malaysia akan meminta Ketua Polis Indonesia melaporkan siasatan mereka melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Saya fikir secara langsung mahupun tidak langsung memang tidak pernah ada penglibatan oleh tentera Malaysia dan jauh sekali ada penglibatan oleh kerajaan Malaysia untuk campur tangan dalam sebarang pergolakan di negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghantaran Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V (TPA-M V) di Pangkalan Udara Subang dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan agensi berita AFP mengenai penemuan pakaian seragam mirip tentera Malaysia ketika polis Indonesia membuat serbuan ke atas sebuah pusat latihan paramilitari Jemaah Islamiyah (JI) pada Selasa lepas.

AFP melaporkan seramai 100 anggota polis yang dilengkapi senjata berat terbabit dalam serbuan itu di kawasan hutan daerah Aceh Besar, kira-kira 70 kilometer di timur ibu negeri wilayah, Banda Aceh.

Laporan AFP dipetik sebagai berkata, dalam serbuan itu, polis Indonesia turut merampas dokumen, wang dan beberapa pasang pakaian seragam yang mirip kepada pakaian tentera Malaysia.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails