Tuesday, February 23, 2010

Sudahlah Pengecut, BIADAP pula!

Kononnya merekalah 'Juara Rakyat', juara yang dinobatkan oleh mereka sendiri atau bolehlah juga dikatakan 'Juara Syok Sendiri' kerana selama ini kita tidak pernah mendengar mana-mana rakyat yang menobatkan mereka sebagai juara.

Mereka terus bercakap dan menganjurkan Demonstrasi untuk menunjukkan kepada Rakyat Malaysia bahawa merekalah pejuang Melayu dan Islam yang sebenarnya atau merekalah 'Juara Rakyat' yang sebenar..

Boleh jadi juga mereka terus mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan kepada Rakyat Malaysia yang mereka masih ujud atau sekadar mencari Publisiti Murahan..

Mereka cuba menunjukkan kepada Rakyat Malaysia tentang betapa prihatinnya mereka tentang masa depan Masyarakat Melayu Pulau Pinang, walaupun ketika menguasai Pulau Pinang hampir 50 tahun mereka tak pernah mengambil kisah nasib Masyarakat Melayu Pulau Pinang yang mereka pentingkan ketika itu cuma nasib Kroni Mereka.

Bila dicabar berdebat tentang 'Isu Melayu Pulau Pinang dipinggirkan' mereka menolak dengan mencipta berbagai-bagai alasan untuk menutupi perasaan takut mereka kerana sedar selama ini mereka hanya bercakap tanpa sebarang fakta.

Lagak mereka kini umpama 'Ayam sabung yang berkokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang dengan najis'

Dicabar berdebat mereka takut.. bukan saja takut nak menyahut cabaran malah nak tengok surat cabaran pun mereka takut.. sebab itu agaknya surat cabaran Pemuda PR Pulau Pinang dikoyak..


Pemuda Umno biadap koyak surat jemputan debat

Rusli Islam

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.


HarakahDaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails