Friday, February 5, 2010

Siapa kata MELAYU dipinggirkan di Pulau Pinang?


Pada 3 Februari 2010, satu sidang media telah diadakan di KOMTAR bagi menjelaskan keadaan sebenar isu perobohan gerai di Pulau Pinang. Malang sekali media tidak melaporkan angka-angka ini dengan jelas menyebabkan salah faham masih memuncak.

Justeru bersama dengan ini disertakan kenyataan media tersebut bagi memberikan penjelasan kepada semua rakan-rakan.

Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.


Kenyataan Media
Oleh Chow Kon Yeow,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas
Negeri Pulau Pinang
Rabu, 3 Februari 2010 .
KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.

Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.

(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:

Tahun
2008 Melayu 3, Cina 2, India 1, Tidak Diketahui 2
2009 Melayu 4, Cina 3, India 2, Tidak Diketahui 4
2010 Melayu 2, Cina 0, India 0, Tidak Diketahui 0

Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan. Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.

Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah.

Akhirnya operasi ditangguhkan. Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town. Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi.

Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya. Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.

(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA

Tahun
2007 Melayu 1, Cina 0, India 0, Tidak Diketahui 0
2008 Melayu 0, Cina 0, India 0, Tidak Diketahui 0
2009 Melayu 0, Cina 5, India 2, Tidak Diketahui 0

Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.

(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG MPPP
Telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.

(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

Tahun
2006 Melayu 84, Cina 58, India 16
2007 Melayu 65, Cina 35, India 11
2008 Melayu 132, Cina 110, India 17
2009 Melayu 152, Cina 84, India 17

Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.

(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

Tahun
2009 Melayu 23, Cina 3, India 2

(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)

Tahun
2006 Melayu 106, Cina 46, India 16
2007 Melayu 106, Cina 51, India 21
2008 Melayu 50, Cina 13, India 12
2009 Melayu 38, Cina 21, India 15

Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain. Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

(d) Kacau Ganggu - Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam

Tahun
2006 Melayu 3, Cina 1, India 26
2007 Melayu 3, Cina 1, India 13
2008 Melayu 4, Cina 0, India 14
2009 Melayu 6, Cina 0, India 8


(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974

Tahun
2008 Melayu 1, Cina 16, India 1
2009 Melayu 9, Cina 40, India 5

(f) Notis Keluar - Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP

Tahun
2008 Melayu 219, Cina 103, India 46
2009 Melayu 78, Cina 52, India 26

(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)

Tahun
2008 Melayu 785, Cina 1,082, India 196, Jumlah 2,063
2009 Melayu 815, Cina 1,727, India 247, Jumlah 2,789

Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.

Jenis Lesen Tahun 2008
Pasar - Melayu 369, Cina 1,724, India 118, Jumlah 2,211
Kompleks - Melayu 627, Cina 741, India 78, Jumlah 1,446
TPS - Melayu 422, Cina 1,826, India 104, Jumlah 2,352

Jenis Lesen Tahun 2009
Pasar - Melayu 391, Cina 1,660, India 119, Jumlah 2,170
Kompleks - Melayu 464, Cina 538, India 62, Jumlah 1,046
TPS - Melayu 449, Cina 1,843, India 105, Jumlah 2,397

Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak mematuhi mana mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.

Tahun 2008 Tahun 2009
Establishment Makanan 1,661 1,325
Tred Perniagaan/Industri 488 566

* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.

Rumusan

(1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.

(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan kaum.

(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman ( non compliance ). Di seluruh Negeri Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.

(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak benar.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails